Friday, December 4, 2009

Aku Nak Korang Tau... Aku Sayang Diorang Ni...

Aiyo... sudah lama x update maaa... sori la kepada semua followers yang mungkin TERNANTI2 update baru (intro ayat 'macam aku popular')... hmm.. bukan apa.. aku asyik mengurus blog baru yang mungkin jarang dibuat oleh pembikin blogger tegar. Mana taknya, orang review filem.. aku cari kesalahan dalam filem. Hahaha.. pape pon.. terima kasih yang stil masuk dalam cikgumanstation even semakin lama semakin menurun visitorsnya.

Tengok ni.. hmm.. xpe.. mungkin sbb aku rajin berBLOGWALKING dan BLOG RUNNING menggunakan link goofspot. So, papepon.. sesape yang nak fresh spot the dot dan mungkin wat korang lebih sukai filem, GoofSPot sswai untuk korang. Bukti yg mengatakan aku selalu BLOGWALKING guna GOOFSPOT ialah graf kat bawah ni..

Menguruskan 6 Blog bukan mudah. Ramai yg tak tahu... mungkin korang ingat aku gila NUFF..tapi, sebenarnya bukan itu yg aku nak. Even sometime YES, i admit yang kegilaan terhadap nuff mempengaruhi artikel. Tapi, blog yang baik bukan lahir dari faktor luaran, tapi faktor dalaman.. emosi kita yg penting kan? minat pon penting. Kalau paksa nk wat blog just for duit, baik join yg lain.

ni antaramuka untuk GOOFSPOTONFILM... sebuah blog yg aku dedikasikan khas untuk minat aku yg suka cari kesalahan dalam filem. Bukan nak megah, tapi kawan2 aku suka perkara ni. So, blog ni dedikasi untuk korang la yg suka aku cari mistake dalam filem. Diorang macam terkebil2 sbb macam manalaa si man ni leyh spot bende kecik2 dalam filem ni. Ada macam2 sumber yang boleh dirujuk. Cume selepas dirujuk tu, masalahnya adalah nak cari dalam filem. Itu yang semua orang malas. Jadi, aku sorang yg rajin (megah!.. aha).. so, aku spot la...Namun, specialnya blog ni, aku juga akan spot mistake untuk filem Malaysia. Korang takkan jumpe info ttg mistake filem Malaysia. Oleh tu, i'm sure that this is the first (maybe) blog yg mencari mistake untuk filem Malaysia.

okeyh.. blog ni aku rasa tak semua minat. Namun, aku x kisah pon. ADDICTED2HINDI bukan blog yang mereview filem latest hindi. Korang kena tahu itu. Blog ni bukan menyumbang kepada pendapatan nuff yg tinggi sbb blog ni khusus untuk aku mereview filem hindi. Sbb aku terlalu banyk tgk hindustan, risau gak kalau cikgumanstation akan menjadi blog yg terlalu rojak. Oleh sbb hindustan bukan semua diminati.. so, aku pisahkan supaya cikgumanstation tidak menjadi terlalu serabut.

ni lak.. VISITNWATCH.. sebuah dedikasi untuk sesiapa yg nak relax minda nk tengok muvi. Aku embed kan video dari YouTube.. tapi, aku x slalu update.. coz VISITnWATCH bukan priority aku dalam berblogging... ia sebenarnya gantikan blog RULUCKY2BUY yang tak berapa nak dapat sambutan. RULUCKY2BUY 2 blog yang jual DVD.. dah x laku. So, i keep la my DVD.. dan jadikan blog tu tempat tengok wayang free. Takde la latest sangat. At least, legasi RULUCKY2BUY dapat diteruskan.

CIKGUMANSTATION2 adalah legasi cikgumanstation. namun pesembahannyer dalam english. Sebenarnya banyak minor artikel dan trailer filem jer dalam ni. Idea nak buat VISITNWATCH pon tercetus di sini. Jujurnya, blog ini bukan priority aku... so, tak banyak update di sini. Aku buat ni just to improve my english je..

STORYMACAMGEMPAK ni sebenarnya bukan hasrat aku. Aku tak terlintas pon nak wat blog ni. Namun, satu masa tu, blog cikgumanstation jadi haywire. Tetibe je shoutbox dan gatget kanan turun ke bawah pos. Jadi, semua visitor kena turunkan cursor. Hal ni memang melambatkan kan? So, aku terbitkan la satu blog khas untuk link saja. Bukan pe.. risau .. sbb link aku terlalu banyak.. sayang jugak kalau hilang.

Papepon, even blog bukan manusia.. aku sayang 6 blog aku ni. Orang sibuk dengan FARMVILLE, FACEBOOK dan segala macam lagi.. aku hanya stay pada BLOG.

Sekarang... aku sibuk fokus kat skrip.. aku x blaja wat skrip scara formal. Tapi, b4 habis sem sempat baca some buku untuk create skrip. So, ni first attempt la ni. Sekarang, skrip dah siap. Cuma nak edit sebelum jadi final before aku nak cube jual. Huhu..

Papepon, 5 hb Dis.. aku nk g HOLIDAY ngn famili....dan siapkan skrip ni.. so, mungkin x dapat nk BLOGWALKING... xpe.. nnt aku blogwalking lagik yer...

P/S: Honestly, aku memang x reti prosedur nk send script nih, someone yg tau leyh explain x? Ada cadangan produksi? Adress? Blur.. huhuhu

2 comments:

cik eykameow :) said...

hehe byk nye :)

muhammad hanis said...

hmmm, filem malaysia mistake die kadang xblh bla jgak.. pnah trnampak tp dlm drama ler (xingt citer pe..), pelakon tu pakai kete berkilat, sampai blh nampak bayang krew2 die kt blakang kamera..kantoi