Akan Datang!

Thursday, December 31, 2009

Ingatkan susah giler.. rupenye..

Aku ingtkan susah sgtla ADD DROP... papepon, syukur la coz tuhan telah mudahkan aku untuk settlekan urusan ni. Asalnyer, aku pelik.. kenapa la prosedur add drop dalam portal kesayangan aku tu panjang berjela. Aku pon cuba baca dan paham prosedur supaya nanti bila add drop salah prosedur, takut2 kalau subjek yang di drop itu tak terdrop drop sampai habis sem. Alhamdulillah, aku tak ikut pon prosedur tu. Tapi, add drop aku berjaya.

Add drop aku ambil masa tak sampai satu jam. Hari ni, 31 Disember, aku pon pergi la ke kelas yang aku dah drop tu, just incase nak cek samada nama aku dah terkeluar dari list student untuk kelas bahasa Thai sem ni. Aku pergi kelas around 1.50. Bukan pe, harap2, lect aku masuk dulu. Aku naik2 tengok, kelas di TMNU 18 masih kelam. Ada orang ada hantu, ada ke orang?.. okeyh.. aku pon tunggu jap.. pas2, dengan teragak2 aku mesej tanya lect Thai aku kot2 dia lupa atau aku yang tersilap kelas. Pastu, dia call aku, tapi aku tak jawab. Biasa la, hp aku silent selalu.

Then, aku call dia. Rupanya, penyelaras program Bahasa Moden dah accept add drop aku dan kelas bahasa Thai dibatalkan. Korang tau pesal?

Aku je sesatunye student untuk kelas tu... ahaha... so, disebabkan aku drop, kelas tu habis la. batal untuk sem ni. Papepon, aku cuba try for next sem, insyallah kalau xde kuliah yang clash.

Okeyh, disebabkan kelas dibatalkan, aku siap dengan plan B.. lepak lib... so, aku pon fikir nk update entry ni... hah, sebabkan esok dah 1 jan.. aku cukup bertuah, NUFF bagi aku hadiah.. bukan la hadiah kereta, lori mahupun Air Asia, cuma hari ni.. bila aku cek payment history, diorang dah approve untuk sendkan cek cash out aku pertama.
ni ha.. aku cash out tannggal 9 November. Padan la.. disebabkan aku cash out tengah bulan, so, 30 hari untuk urusan approval dikira bermula 1 dis la.. mau x jadi satu bulan lebeyh untuk aku tunggu... memang 'kismat' aku macam ni kot. Aaaargh.. x sabar nak tunggu cek jadi 'paisa'. Mungkin 'aagey se' week kot.. Sabo2...

Jom aku bawak korang tengok nuff earning aku.... even skit je.. ok le..

ni usaha aku dalam masa 2 bulan..aku x pernah dan x mungkin rasanya nak rasa buffered earning.. tapi xpe. cukupla dapat sikit2 pon.. papepon, jom click2 lagi..

tahun baru dah nak mula.... so, HAPPY NEW YEAR.. SAWADDI PI MAI..

P/S:

VOCAB HINDI
kismat - takdir
paisa - duit
aagey se - seterusnya

VOCAB THAI
Sawaddi pi mai - happy new year

Wednesday, December 30, 2009

Khru nak ajar Bhasa Thai lagi...

Ok murid2.. hari ni cikgu kembali... cikgu nak mengajar kembali Bhasa Thai.. sesiapa yang tertinggal.. jom, (click sini) untuk lesson pertama dan (click sini) untuk lesson kedua... baiklah.. hari ni, cikgu nak ajar tentang nama2 pekerjaan dalam bahasa thai..

jom jenguk... sebut bersama cikgu ya....

moo (doktor)
moo fan (doktor gigi)
khru (cikgu)
phayaban (jururawat)

okeyh.. tu antara beberapa pekerjaan biasa yang korang tau... mana tau.. kalau2 sakit ke waktu g Thailand tu.. leyh la korang cakap thai kat hospital diorang kan.. ahaha.. ok..

papepon, malas r cikgu nk upload gambar after diterjah oleh kawan cikgu yg bernama Abu.. oleh itu, baca je..

tamruat (polis)
thahan (askar)
thanay khwam (peguam)
witsawakon (jurutera)
nak roong (penyanyi)
nak dontri (pemuzik)
nak suksa (pelajar universiti)

Monday, December 28, 2009

O.....pening


Salam kepada semua pembaca2 yang setia mahupun hanya lalu lalang di sini saja.. sudah lama aku taak update hal2 berkaitan aku. Sampai ada yang muak, asyik muvi.. muvi... muvi... muvi.. dan muvi je. kan? Sape muak.. angkat tangan... (hah, tau .. ko memang tak nak angkat sebab ko segan kan?.. ala... alalalala) okey.. rilek.. jangan naik angin..

Cool..

Papepon, dah mula sem ni, dan aku kini ditempatkan di bilik paling tinggi dan paling ke tepi.. dan hal ni menyebabkan wi-fi sukar menangkap serangga yang berlegar di neuron pintu utma komputer aku lalu menyebabkan terputusnya serebelum frekuensi blog yang masih berdenyut2 dalam skala mengapixel. Papepon, demi nuff aku kena juga update.. so, tiap2 kali aku nak update, kena la gerak ke depan skit...ke tengah rumah untuk wi-fi mencapah dan mencapai antena skala jingga komputer aku.

Aaargh, Secret Garden akhirnya sampai chapter 10. Baru chapter 10, hah. to kill a mockingbird lom baca g neh... sesape nak tengok Pygmalion ngan senang, click sini.

Entry ni xde kaitan dengan kegilaan.. xde kaitan dengan keinginan.. xde kaitan dengan sesiapian..

pening2..

P/S: angkat kaki, goyang2... tido.. zzzz

Monday, December 21, 2009

Malam Karaoke Exspo Perdagangan 2009

Semalam, aku berkesempatan melawat tapak EXSPO PERDAGANGAN BELI BARANGAN BUATAN MALAYSIA PERINGKAT ZON UTARA 2009. Diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kangar, malam itu diadakan peringkat akhir pertandingan karaoke. Peserta telah menjalani saringan pada sebelah petang dan daripada 30 lebih peserta, 8 orang dipilih untuk bertanding pada malam itu.

Aku g bukan ape pon. Just nak lentok2 melayan Asheed Def Gab C punya penangan. Aku bukanla peminat kump ni sangat, tapi, sebab addicted sangat nak mengambil gambar, maka aku pon bergerak ke tapak Exspo.

Aku pergi sekitar jam 8.45 dan ini adalah peserta yang bertanding untuk pertandingan karaoke malam tu.





Hah, mantap2 tu. Papepon, siapa kata anak perlis tak pandai nyanyi? huh..

Pas2, ni ha mainpoint semua orang datang berhimpun. Asheed Def Gab C membuat persembahan. Lagu Merah, Cinta Sakti, Ampunkan Aku, Marilah Maria dan satu lagu baru Nokhtah Terakhir (tribute 2 Alleycats) menjadi dendangan. Ok la.. aku cuba nak ambik gambar dia sehabis baik tapi, tau2 jela.. aku bukan ada SLR. Disebabkan lighting yang tidak membantu kamera aku, so.. ini je gambar Asheed yang berjaya aku rakam.

So, layan..





acara diselangseli ngan cabutan bertuah.. dan aku tak bertuah... xpe.... memang x bertuah. isi borang pon x.... hehe

Tu je.. acara habis around 11..

Saturday, December 19, 2009

Bila Penerbit Malaysia Buat Filem Hollywood

Selepas satu demi satu filem KRU capai kejayaan..
Aku salute la pada trio terhebat ni..
beberapa hari lepas aku sudah selesai skrip aku..

Insyaalah, serah je pada tuhan.. aku tak nak fikir dah tentang tu.. dah dihantar.. produksi mana, biarla rahsia.. xnak riak. nanti tak jadi, orang kata aku reka cite je....

sedang aku berwebwalking cari info terjumpe trailer ni..


kenapa spesel sangat filem ni?..
ha.. kalau korang nak tau.. KRU juga menjadi penerbit bagi filem ni..
nak tau best ke tak.. korang tengok sndri...

papepon, best ke tak, major hit ke tak, x kisah. janji orang malaysia berjaya keluar dan buat something for Hollywood.

Thursday, December 17, 2009

Momok: Wahai Pengarah, Jujurla Pada Penonton

Beberapa hari lalu, sempat aku wat maraton cite melayu. Saja aku nak khatamkan beberapa filem yang aku beli beberapa bulan dan minggu lalu, tapi belum berkesempatan aku tengok. Aku selesai je tengok papadom. Tapi, xnak review banyak filem Afdlin Shauki ni sbb dah memang perfect dan sempoi pon. Selesai aku tengok PAPADOM, aku continue dengan tengok sebuah filem yang pada aku boleh dikatakan teruk, MOMOK. Aku bukan merendahkan kredibiliti M Jamil selaku pengarah, tapi beberapa persoalan timbul selepas aku tengok filem ni.

Wajarkah filem ni diberi nama MOMOK?

Seram sangat ke kalau nama filem ni MOMOK?

Momok pernah dihasilkan dalam format DVD, MOMOK versi wayang ni apa kes plak?

Apa ada pada casting, mampu ke si Faizal AF tu menjadikan MOMOK satu naskah seram?

Perlu ke MOMOK berbaju putih?

Mana improvement MOMOK?

Kenapa filem sebegini pon leh masuk panggung?

dan banyak lagi soalan bangang yang aku nak lemparkan...

Persoalan ini aku letak tepi. Momok memang mengecewakan. Aku mengabaikan hantu yang tipikal dalam filem VCD seperti berjubah putih, dan terbang mengilai. Ya, aku cuba tahan gelak meelihat hal ini, tapi apakah point sebenar MOMOK? Nak bagi orang takut atau nak bagi orang gelak? Apa motif momok memulakan filem ini dengan serangkap pantun yang berbunyi..

Kalau cinta dikatakan sayang
Kalau sayang di mana letaknya
Kalau Momok dikatakan bayang
Kalau bayang dimana jasadnya

Apa semua ni? Ok.. apa yang nak dijelaskan? Adakah pantun ini satu grip yang kuat untuk membuatkan orang tertanya-tanya isi seram yang akan dipersembahkan dalam masa satu jam 30 minit mendatang? Mampu? Mampukah? Aku yakin pantun ini mampu memerangkap penonton, tapi... sebenarnya di akhir filem, mengecewakan. Seram hampeh, nak lawak pon hampeh. Oleh itu, meh aku ulas pandangan aku terhadap filem ni satu persatu.

1) Kisah hantu bawak anak

Ni kisah yang familiar kalau kita dengar orang tumpangkan pompuan di tengah jalan yang sunyi. Langkah memfilemkan urban legend ni amat bagus. Ya, walaupun ending semua story hampir sama iaitu bayi yang dikendong tu adalah batu nesan, n before diorang tau, si driver sedar yang dia telah hantar pompuan tu ke tanah perkuburan. Ya, itu semua familiar. Dan pada aku, tak salah pon nak filemkan sesuatu yang dah sebati dengan masyarakat, tapi biarlah imaginatif sikit.

Lebihkan kreativiti dalam penghasilan, kisah ini akan lebih sedap. Mungkin persoalan tentang asal usul hantu ini diperjelaskan, akan lebih mewarnai short story ni. Malangnya, skrip dibina cetek, even endingnya sedikit lain tapi, tetap tak menyentap. Penonton malah leh cakap "alah, dah agak dah". So, kalau ada kisah kenapa hantu ni berpelakuan sebegitu, mungkin akan wujud emosi dalam diri penonton.

Maka, resultnyer, cite hantu ni akan lebih punyai mood. Takdela asyik menjerit dan gelak seram je.

2) Kisah hantu mati rempit

Ok.. pertama, jom kita tengok setup untuk short story ni. Watak lakonan Leez ni tunggang moto, dalam perjalanan dia nampak mat rempit. Terkejut bila ada sorang lelaki yang sedang angkat topi keledar berada di tengah jalan dan hampir dilanggar. Fine. Pas2, lelaki tu tetiba hilang. Dan kemudian, korang lihat seekor hantu pompuan tumpang belakang moto. Balik rumah, leez dirasuk.

Setup ini, buat aku tertanya2. Ok. Dia dirasuk hantu rempit, kenapa hantu pompuan tunggang belakang moto? Bukankah sepatutnya hantu lelaki tadi yang tunggang. Apa kaitan hantu pompuan yang dok jalan2 macam ape ntah dalam rumah? Seram ke hape? Celarunyer storyline.

Dibantu lakonan Mama Rina yang teruk, juga watak bomoh yang komedi, mana pergi main grip "kalau momok dikatakan bayang, kalau bayang di mana jasadnya" dalam story ni? Hilang.. hilang. Bahkan, tetiba je, story ni jadi komedi. Ape kes beb, aku nak seram. Semua orang mahu seram. Seram. Mana point? Mana? Tak seram la.. lawak pon, macam buat2.

Bleh blah!

3) mayat kena lintas kucing hitam

familiar jugak story ni. Tapi, jujurnya kisah ni la aku rasa paling bagus diolah oleh M Jamil. Even kemana pergi seramnyer filem ni, tapi bila dah jadi komedi, terpaksa la ubah mood review. Dah jadi komedi seram even awal tadi siap pantun seram yang tak lawak. Sebenarnya grip untuk orang stay sebab seram dah berbubah dari kisah nombor 2. Tapi, komedi makin lama makin menjadi dalam kisah no 3 dan seterusnya.

Persoalannyer, MOMOK ni filem seram ke komedi?

Mayat kena lintas kucing hitam, satu urban legend melayu jugak. Ending cite ni buat aku tergelak jugak.

Ok, no komen. Kisah ni amat baik.

4) pocong

Ni pon dah jadi lawak. Lawak. Lawak. Lawak. Ape kes ni. Wei, mana seramnyer. Tak jadi MOMOK la dah ni wei. Aaargh malas nak komen. Skip.

5) bunian

Ni lagi la.. aaargh

Gandingan Faizal, Abon dan Aziz Satar tak kaw. Tak best.

Tagline filem ni 6 seram, 6 keriau, 6 ketakutan. Sungguh tak berasas. Mana seramnyer, mana keriaunyer, mata ketakutan. Penonton tak takut la. Malah gelak ada. Mungkin M Jamil cuba nak ubah pandangan Momok dari seram ke komedi. Tapi, jujurnya aku katakan ia tidak menjadi. Tagline menipu penonton. Kalau nak cakap filem ni seram komedi, cakap jela! Tak payah nak umpan penonton dengan tagline yang "macam la seram sangat"

Ok.. bengang ni bengang!

Chow dulu!

Sunday, December 13, 2009

P.O.V: Photoholic On Vacation (Part 3)

Lama jugak sblm aku nak pos entry terakhir chapter P.O.V aku ni ekh. Argh.. aku demam dan ngantok sbb ubat yang dimakan. Penangan ubat ni x leyh tahan dowh, tapi.. sake of blog aku gagahkan jugak untuk update chapter ni.

Ok.. next day of the trip, aku berpeluang g Melaka. Kira first time la aku g. Bukan senang nk g ke selatan negara ni. Biasala, orang utara bukan naik beca trus sampai melaka.. ngeh2.. papepon, Melaka memang best. Apa yang wat aku teruja.. adalah ni...

Taming Sari.. tarikan terbaru Melaka. Tapi, tu bukan benda pertama yang aku lawat kat sana. Pas makan ngn family, aku pon lintas seberang jalan n g ke Samudera. Ni ha.. pic2 yg sempat aku ambil di MUZIUM SAMUDERA.





dan... tak lupa jugak.. gambar ni.. pelik kan shot2 aku.. xpe.. aku suke.. ngeh2

pas2, aku gerak ke kota Famosa melalui jalan belakang. Ikut tangga sebelah muzium hang li po...

sempat gak.. pagar karat pon jadi mangsa.. cantik tak.. aku suke.. karat tu jelas giler.. cantik2.. okeyh... layan pic A Famosa nih....





turun2... smpat gak masuk Plaza Dataran Pahlawan...

x sempat nak cover habis plaza ni. Luas bebeno... nanti len kali datang lain.. pas2, keluar jumpe lak dgn..

hah.. yang ni best. Aku fikir dua tiga kali gak nak masuk. Tapi, kalau aku masuk, adakah seperti aku masuk ke dalam perangkap JIGSAW, FREDDY mahupun JASON yang sntiasa mencari pemangsa? Paham? Tak? AKu maksudkan, adakah aku akan masuk ke dalam GHOST HOUSE.. kalau setakat pameran, aku ok jer.. luckily it just an exibition... walaupun, bila selak je langsir tu, jumpe rangka yang dikurung dalam sangkar.. terkejut jugak..

Tapi, terfikir jugak, kalau aku masuk, leh aku tgk basic tool ciptaan JIGSAW yang ada dlm filem SAW... maka, selepas main one to som ngan diri sndri, aku pon masuk. Sori yer.. xde gambar.. ngeri aku nak ambik gambar... biar hati je tau betapa ngerinya melihat CAWAT BESI, PEMOTONG TNGAN, MEJA RENGANGAN, IRON MAIDEN n BREAST RIPPER dengan mata kepala sndri... pergh.. seksaan zaman pertengahan yang tak pernah terfikir dek akal..

bayangkan bila ada gambar gergaji membelah manusia melalui celah kangkang yang diikat, gambar kepala dipancung, gambar BREAST RIPPER digunakan.. ... eegh .. uweks.. tapi, itu realiti. Nasib aku bukan orang yg idup zaman tu. ngeri... tapi, aku ni peminat filem thriller dan psiko, x gah rasanya kalau tak harungi pameran ni... best...

papepon, last kali, b4 balik, smpat naik Taming Sari.. maka, layan pic ni..



tu je.. the end...

Monday, December 7, 2009

P.O.V: Photoholic On Vacation (Part 2)

PART 2 diteruskan.. hari ni x banyak sangat xtvt... kami sampai lebih kurang kol 11 pagi afta bertolak dari Tanjung Malim around 8.30 pagi.
Ni adalah apatment yg aku cakap tu. Apartment percutian untuk staf TNB. Terletak di teluk kemang, Port Dickson. Hmm.. ni rasanya kali ke 3 kot kitorang sampai sini. Untuk trip kali ni, disebabkan Tanjung Malim dengan PD ni x berapa nak jauh, so kami sampai around 11 pagi. Selalunya, trip kami dari Perlis sampai sini ambil masa satu hari. Tapi, disebabkan nak singgah Tanjung Malim, trip dari Tanjung Malim ke sini lebih pendek.

Disebabkan pendek, so kami x dapat nk check-in hotel. Check in kol 3 PM. Alahai, maka sambil parent aku enak makan nasi sambil berkelah, aku dengan adik aku yang bongsu wat sesi photo memotho sekitar kawasan...





ni lak aku...

n ni lak adik aku yg paling kecik

pas2, sementara menunggu masa check in, aku ke toilet. Maka, disebabkan 'gila photo' masih mengunung, aku capture gambar ni. Tapi, perasankah korang ttg sesuatu? Apakah yg pelik dalam gambar ni? Perhatikan di pintu tandas? Apakah itu?

Ok.. sape pandai, sila teka..

So, untuk pertama kalinya dalm blog ni, aku tampilkan gambar parent aku.. tapi elemen introduction ni sedikit berbeza.. dengan theme sehijau warna daun.. aku perkenalkan...

ni ayah aku, Khobin bin Dahaman

dan ni lak, mak aku, Ros binti Omar

ni lak adik aku.. diorang ni twin.. ni Zulhilmi si abang..

dan ni lak Zulfadhli si adik..

yang kecik tak payah cite... dah ada gambar dia kat atas yer... tapi, disebabkan aku suke sgt dgn pokok ni, so.. aku pon ambik gambo lagi.. ni aku..

lagi...

okeyh.. papepon hari kedua aku berkesempatan menjenguk kota Melaka... siap masuk PAMERAN ALAT SEKSAAN ZAMAN PERTENGAHAN LAGI. Huh.. xpe.. yang tu nanti aku cite dalam bab 3.

Bye.