Friday, November 13, 2009

Ketika Cinta Bertasbih


Berpeluang menonton sebuah lagi karya Habiburrahman El Shirazy yang diangkat dari novel tulisannya. KETIKA CINTA BERTASBIH, sebuah karya yang mengangkat darjat wanita dalam kehidupan. Kisah tentang pergolakan cinta, kehidupan, pilihan dan agama. KCB mengungkap pelbagai kisah sosial dalam satu skop yang amat luas. Sebuah kisah yang agak berat jika dibandingkan dengan AYAT AYAT CINTA.



Abdullah Khairul Azam (Kholidi Asadi Alam), seorang pelajar Indonesia di Universiti Al Azhar yang menjual tempe, adalah seorang yang amat gigih menghabiskan pelajarannya di sana. Pak Ali, seorang kenalannya di sana, ingin menjodohkan Azam dengan seorang gadis benama Anna Altharunnisa (Oki Setiana Dewi). Azam, yang tidak pernah mengenali Anna, dengan yakinnya meminta Ustad Mujab (Habiburrahman El-Shirazy) untuk merisik Anna. Malangnya, Ustad Mujab membawa perkhabaran bahawaAnna sudah dirisik Furqan (Andi Arsyu Rahman Putra), sahabat seperjuangan Azam yang kaya dan lebih berharta.

Azam kemudian mengetahui siapa Anna sebenarnya. Cinta mula berputik dalam diam. Cantik. Namun, apakan daya, Furqan yang punya. Furqan dianiaya seorang gadis Mesir dan telah menghidap AIDS. Selesai mempertahankan tesisnya, dia pulang ke Indonesia dengan merahsiakan penyakitnya. Furqan melamar Anna. Anna dalam diam, membumbu cinta terhadap Azam.

Selepas tu.. tengok sndri yer...

KCB merupakan kisah yang amat luas skopnya berbanding AAC. Jika AAC lebih fokus kepada Fahri yang terjerat di antara kasih Aisya dan sayang Maria, KCB lebih bergolak lantaran kisahnya yang lebih luas dan tidak hanya fokus kepada Azam. Sedang Azam berkonflik dengan dirinya, muncul pelbagai masalah di kalangan rakan-rakannya yang memerlukan bantuannya. Dalam KCB, setiap karakter minor seperti rakan-rakan Azam juga mempunyai konflik tersendiri. Namun, konflik-konflik ini berpusat kepada tema yang satu, yakni CINTA.

Jika Fahri digambarkan sebagai seorang mahasiswa yang lurus dan bingung dalam memilih cinta. Azam dilakar sebaliknya. Dia digambarkan sebagai seorang yang pandai mengurus hidup. Malah, dia juga selalu menyelesaikan masalah rakan-rakan serumahnya.

Binaan plot yang cukup padat, dan memang penuh dengan nilai keagamaan dan nasihat, KCB adalah satu filem yang cukup menyentap hati buat pembaca-pembaca novel HABIBURRAHMAN EL ZHIRAZY.

Sebuah masterpiece Habiburrahman lagi untuk ditonton. Ditayangkan di Indonesia sekitar Jun. KCB 2, juga berlandaskan novel kedua siri ini, sudah ditayangkan di pawagam September lalu.

Melihat dari pembinaan cerita karya HABIBURRAHMAN, penulis ini lebih menumpukan kepada kekuatan wanita-wanita islam dalam menjaga kehormatan dan kesucian. Melihat kepada karakter Gadis Mesir yang menipu Furqan, Habiburrahman mencarikkan secebis lukisan tentang gadis Mesir yang hanya cantik pada rupa namun tidak pada hati. Mengingati PUDARNYA CINTA ZULAIKHA yang juga karya penulis yang sama, KCB cuba memberitahu kita bahawa secantik--cantik wanita adalah wanita yang mempunyai nilai agama yang tinggi dan menjaga kelebihannya.

Melly Goeslow tampil dengan lagu temanya, mengingatkan kepada kuasa lagu AYAT AYAT CINTA nyanyian ROSSA untuk filem AC..


Papepun, KETIKA CINTA BERTASBIH adalah sebuah filem yang mempunyai nilai moral yang tinggi dan sungguh hebat. Menyaksikan KCB seumpana mengharungi satu proses menilai diri sendiri dalam satu cara yang berbeza.

--------------------------------------

Sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar, namun jika cinta ku datangi, aku jadi malu pada keterangan ku sendiri. Meskipun lidah ku telah mampu menguraikan. Namun, tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang, sementara pena tergesa-gesa begitu menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping, begitu sampai kepada cinta. Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur

-Anna Athafunnisa

Saya hanya ingin seperti fatimah, puteri kandung Nabi, yang seumur hidupnya tidak pernah dimadu oleh Saidina Ali bin Abi Tallib, suaminya. Saya ingin seperti Siti Khadijah, yang selama berumahtangga dengan Rasulullah S.A.W juga tidak pernah dimadu.

-Anna Athafunnisa

Cinta ada kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang jadi untung,, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan jadi nabi, mengubah iblis jadi malaikat, mengubah sakit jadi sihat, mengubah bakhil jadi dermawan, mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah amarah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah.

--Ayyatul Husna




P/S: Aaargh.. kena cari juga KCB 2 nih.. huhu..

5 comments:

ain fathihah said...

novelnya best gler..

filem belum tahu.
xtengok lg.

best ke?

CikGu_MaN said...

novel best... filem apetah lagi ..

ni yg trtarik nk baca novelnyer nih..

Mr Daha said...

Waa. cambest je.. ko ada x citernyer?? nak2!! :P

The Spiral Eyes said...

i tak pernah suka menonton filem.the last time,i ended up sleeping on the couch

CikGu_MaN said...

mr daha: ngeee...

the spiral eyes: hmm.. mungkin sbb belum jumpe gnre film yg sswai kot?