Tuesday, November 17, 2009

Skrip 7707: komen ikhlas dari hati



Beberapa hari lalu, aku sempat mencuri masa untuk menonton sebuah filem Malaysia yang diarahkan oleh pengarah A Razak Mohaideen, SKRIP 7707. Tak berkesempatan untuk menonton di pawagam, aku cuba menontonnya di lappy dengan harapan, filem ini mampu memberikan satu anjakan paradigma terhadap filem seram Malaysia yang semakin penuh dan berlambak di pasaran. Bukan tidak mahu 'tabik spring' dengan lambakan filem tersebut, namun kualiti harus dijaga. Sepanjang aku menonton filem seram tahun ini, hanya satu saja filem yang berjaya memenuhi citarasa aku.. tajuknyer... HISTERIA.

Aku cuba menganalisis kekuatan SKRIP 7707 yang dikatakan menjadi sebuah filem seram trbaik Razak selepas RASUKAN ABLASA. Sebelum tu, maaf sebab aku tidak akan membandingkan filem ini dengan RASUKAN ABLASA kerana aku tidak tertarik sikit pon untuk menonton filem tersebut. Sebelum itu, ini trailer SKRIP 77o7
Disebabkan filem ini mempunyai 9 cerita pendek. Aku akan bercakap ttg each of it piece by piece. Tak perlu aku menghuraikan secara overall sbb filem ini tidak bergantung dengan struktur cerita yang tidak saling berkait.

1) Kisah hantu pompuan kat asrama (Pekin dan Kenchana Devi)

Kisah ini terlalu biasa. Sering diperturun melalui mulut2 siswa siswi. Kisah ini, pada aku tidak la terlalu seram. Menyaksikan Indian Lady yang berjalan mengganggu dan tidak ada kisah tentang siapa Pekin yang sebenarnya, membuatkan aku fikir, ape motifnyer story ni? Takde palang untuk didaki, tetibe terus je berada di kemuncak. Huh? Lakonan Pekin teruk dan short story ni, adalah short story yang terlalu biasa. Mungkin, sbg seorang yang mahir dalam perfileman, story ni lebih diperkembangkan dengan babak2 yang lebih seram.

Pada aku, short story ni tak jelas. Sepatutnya, sebelum Pekin masuk bilik dan berkonfrontasi dengan hantu tu, at least, adakan sikit dialog pekin dengan sesiapa yang berkenaan. Mungkin, hantu tu mengganggu dia sbb ada perkara yang tak baik yg telah dia lakukan hari tu ke... baru storyline tu menjadi short story bermaruah. Ada naratif. Ini hanyalah scene je.. tapi, adakah scene sahaja udah dikira short story? hmmm..

2) Hantu lif (Que Haidar)

Yang ni pon teruk jugak. Apekah? Bila buka lif terus nampak kubur.. pakai logik pon x leyh trima. Huhuhu..

xnk komen.. sbb aku pon x tau nk comment.

3) Hantu pompuan beranak (Ruminah Sidek & Haryanto Hassan)

Yang ni punya naratif. Selepas melalui dua story yang tak tau ujung pangkal, kisah no 3 ni bleh la sengat sikit. Sebuah kisah yang pada aku sungguh popular di kalangan orang2 Melayu. Lakonan Haryanto dan Ruminah ok.. cukup membantu perkembangan cerita ni. Overal, kisah no 3 ini baik dan tidak ada komen. ngeee..

4) Hantu lelaki kat hospital

Kisah ni, memang best. Hah.. permulaan yang cukup membuatkan orang fikir, hantu ini nk datang dari mana ekh? Hantu ape? Then, bila pak cik tu tegur diorang supaya duduk diam2 dan jangan bising, aku pon still clueless ape sbnarnye motif cerita ni. Then, baru la selepas itu, kemuncaknya bila diorang tau yang mereka duduk di tingkat tinggi dan.. siapa pak cik tu..

Keseluruhan, ini juga antara short story yang ok dalam SKRIP 7707.

5) Hantu mak datang jenguk mayat anak.

Yang ni.. cukup skema. Persoalan di sini? Mubarak Majid sebagai orang yg bekerja di rumah sakit, perlu ke dia soal panjang lebar macam dia tak tau pape ttg agama? Hmm.. at least, dia yang patut bagi nasihat kat mak cik tu.. baru la nampak kredibiliti .. hmm..

6) Hantu bayi (Fasha Sandha)

Kisah yang pada aku terbaik dalam story ni. Namun, malang sungguh tidak dibantu dengan pelakon yang cukup sesuai. Fasha Sandha, dalam adegan kat tepi sungai tu, cukup mengecewakan. Apetah lagi bila adegan k gugurkan anak tu. Hmm...

Aku jadi nak tergelak jugak bila bayi Fasha yang digugurkan tu, merangkak cam robot.. hahaha. pas2.. satu lagi, bila Fasha sebut Anak Mak! Anak Mak!... apekah? Skrip short story ni, sederhana dan malangnya lakonan teknik yang kurang menyengat dibantu pelakon yang tidak sesuai membuatkan short story ni hampeh.

7) Hantu kereta (Jehan Miskin)

Yang ni amat tidak logik. Storyline tu ok.. tapi kena letak dalam filem lain la. Kenapa? Ini jawapannya.

Semua orang tau SKRIP 7707 adalah berbentuk frame in frame atau cerita dalam cerita. Jika filem berkonsep sebegini, seharusnya, pencerita harus mempunyai pertalian dalam setiap babak yang diceritakan. Tak pun, at least, oranglain yang melalui pengalaman itu mempunyai talian dengan pencerita supaya pencerita boleh menceritakan pengalaman tersebut. Ya kan?

Namun, dalam kisah ni, Jehan mengalami peristiwa membelasah seorang lelaki di sebatang jalan. Ya, adegan ini disaksikan oleh aweknya, pencerita kisah ni.Tetapi, bagaimana pencerita tau tentang Jehan dibunuh oleh hantu lelaki tadi sedngkan dia tak ada di tempat kejadian. Lagipun, jalan tu sunyi. Takde saksi.

Lagipun, bila si gadis ni cite, last2 last.. leh lak kata tak sure dan mayat si Jehan ni tak berjumpe2. Padahal, si penonton ni disongok dah dengan ending yang dia dibunuh leh hantu tu. Dialog tak bersangkut dan cukup janggal. Namun, pada aku, kisah ni boleh dibaiki kalau ada penambahan Voice Over awek yang tengah cerita. At least, boleh aku buat assumption yang gadis ni mengagak dari pengalaman dia. Sungguh mengecewakan.

8) Hantu putus jari (M Rajoli)

Hmm... sederhana je cite ni. Namun, cerita ttg hak.. dan ape hak yang sebenarnya hantu tu nak amat bagus. Aku suke. Aku membandingkan ini dengan filem Rashid Sibir. Terdapat sedikit unsur2 pengarah itu di sini. Tapi, kenapa huh.. kenapa perlu M Rajoli tidak mempercayai kata kanak2 itu sedangkan sepatutnya, bila budak tu dah asyik nampak je kelibat abangnya, dia patut rasa sangsi dan pelik. Huhu..

Hantu cukup lawak. Adegan yang tak bleh blah adalah adegan waktu orang tgh baca yassin. Then hantu tu masuk. Lekat pulak bebayang kat atas tikar dan daun pintu. Hantu de ke bayang..???? at lest erase la sikit bebayang tu. Sedangkan efek macam api2 leh ditambah.. inikan nk padam bayang je.. ngeee


ni ha.. korang tgk dan gelak sndri yer

9) Hantu hospital

Kisah seorang lelaki yang konon nak tunjuk berani, last2 kena kacau sndri ngn hantu. Pelakon dah overdos gegiler lakonannyer.. dan.. hantu pon huh, apekah motifnyer.. macam bukan hantu.

X banyak komen ttg storyline. Namun, komen ttg set dan prop ada. Nama pon hospital lama, pesal bantal nambak baru? Persoalan ini, jawabla sndri.. hehe.. okeyh..

Keseluruhannya, filem SKRIP 7707 punyai idea yang cukup baik. Tetapi, 9 cerita ingin disampaikan dalam masa kurang dari 1 jam setengah membuatkan filem ini mengecewakan. Sepatutnya short story pada2 la.. mood filem slalunye 30 minit baru baik. Ni x sampai 10 minit, dah tutup cerita, mana orang nk dapat feel. Dalam 30 minit, at least ada permulaan yang membuatkan orang berteka teki, introduction kepada karakter dengan jelas. Pas2, naikkan mood sedikit demi sedikit. Durasi yang tak sampai 10 minit amat tak sesuai... filem ni dah jadi macam sketsa kat kem-kem motivasi dah..

Aku pernah menonton filem berformat sama. BANGKOK HAUNTED, sebuah filem thai yang punyai struktur sebegini. 1 jam setengah, 3 short story disampaikan oleh 3 orang yang sedang minum2 di sebuah kafe. Bayangkan adegan kafe itu, yang hanya menjadi landasan untuk penonton rileks akhirnya, diakhir cerita bertukar menjadi sebuah kejutan yang sama kita lihat di dalam SKRIP 7707. Kejutan dimana pencerita itu sendiri adalah HANTU. SKRIP 7707 mempunyai struktur yang sama, tapi, ending itu tak cukup menyentap.

Setnya hanya di sebuah kafe. Cukup sesuai sbb orang tak akan bercerita di sebuah tempat yang tidak sesuai. KUBUR CINA, tidak la membangkitkan sangat 'horror' cite ni. Perlukah KUBUR CINA? Kalau dibuat di sebuah kedai makan ke.. yang ditempah khas, kemudian, last2 dia realise yang kedai tu sndiri x wujud, itu lagi menambahkan horrornya kan? Hmm...

Last.. Burn dan Fouziah Gous.. sederhana. Skrip ini nampak seperti rilek dan seperti nk penonton ikut dan lihat saja. Sepatutnya, pada aku, skrip yang baik adalah skrip yang membuatkan penonton berfikir dan bermain dengan filem. Perhatikan HISTERIA yang pada aku cukup baik.

Satu lagi, adegan penyambung between each story. Amat skema dan mengecewakan. Skrip yang nampak cam 'mals' je.. Dialog yng cukup meluat dan kurang sentap. Burn yang nk temu bual diorang. Semua pencerita tu hadir sbb diorang ada cerita hantu masng2. Tapi, boleh la plak Burn tanya macam dia sndri tak tahu yang dia dtg situ nk temubual tentang kisah hantu. Hmmm..

Papepon, SKRIP 7707 bukan filem terbaik Razak. Hanya yang mahu horror tanpa kejutan, tgk hantu pakai jubah dan tengok karakter menjerit tapi penonton hanya wat deeek.. sesuaila tgk.. ngee..

ok.. 2 je..

3 comments:

sheezob0b said...

hahaq...mmang brIng ctew nie..tp aku layan gak coz cter nie asyik2 ulang kat channel ABO 952..hampeh..wakakka..btw cter nie finally revealed..wakakka..

bootunque said...

aku nk tmbh sikit pasal komen kat cerita hospital lama...ada ke orang tgl hospital dgn barang semua mcm 2...agak2 r...

anak A said...

klau perasan, babak hantu hospital tu, masa balik rumah, rumah kwn hero tu sama dengan rumah hero tu sendiri time hero tu dah balik last skali..

1st, tunjuk kwn dia balik rumah dan pasang camera kat rumah tu..

2nd, tunjuk hero tu balik rumah time ending dan rumah tu adalah rumah kwn dia yg 1st tadi..

nak kata dorang duduk serumah, kenapa last skali,kawan dia balik pulak..heh