Sunday, November 22, 2009

2012: antara fiksyen dan kesedaran sejagat


Sejak pulang ke rumah ni.. event yang pertama aku buat adalah menonton wayang. Berkesempatan menonton sebuah 'most-waited film' karya pengarah 'Independence Day' yang pernah hit, juga penggarap 'The Day After Tomorrow'. Ya, sudah tentu Rolland Emmerich. Pengalaman menonton 2012 di Jitra Mall pada tanggal 22 November bersama famili pada jam 12.10 tengahari adalah pertama kali dilalui selepas aku pulang ke kampung halaman.

Pertama kali melihat trailer 2012, filem ini pada pandangan aku mempunyai rencah filem bencana alam yang pernah popular digarap sekitar tahun 90an. VOLCANO, DEEP IMPACT , HARD RAIN dan ARMAGEDDON antara filem yang terlintas tatkala menonton filem ini. Karya terbaru Rolland Emmerich ini mengabungkan semua elemen filem bencananya yang lepas seperti DAY AFTER TOMORROW dan INDEPENDENCE DAY. Satu pendekatan yang biasa dilakukan pengarah ini.

Siapa tak kenal Rolland yang selalu hadir dengan filem-filem bencana yang menggunakan CGI tahap 'gaban' yang membuatkan penonton terpukau. Dalam INDEPENDENCE DAY, USA digegarkan dengan kekacauan yang diakibatkan oleh makhluk asing yang cuba menakluk bumi. Dalam filem seterusnya, THE DAY AFTER TOMORROW, global warming menjadi scaffolders yang membentuk kerangka cerita. Sekali lagi, 2012 mengulangi kejayaan THE DAY AFTER TOMORROW dalam naratif yang lebih berani dan bencana yang lebih dasyat.

Sedikit 'brief-synopsis' untuk 2012. Bumi dijangka akan tamat hayatnya tanggal 21 Disember 2012. Pada tahun 2009, seorang pekerja lombong menyedari kesan panas bahang matahari yang makin kuat. Isu ini disampaikan rakannya ke orang tinggi di White House. Tanggal tarikh yang dijangka, bencana berlaku. California, Las Vegas dan seluruh dunia musnah. Tatkala dunia sedang musnah, USA dan beberapa negara lain telah melaburkan satu projek mega yang boleh meneruskan hidup manusia.

Plot 2012 penuh dengan elemen kemanusiaan, agama dan pelbagai sikap manusia dalam menghadapi bencana. Garapan 2012 pada aku amat berani. Di sebalik hiburan yang penuh dengan CGI, Rolland Emmerich cuba memaparkan sikap USA yang pentingkan diri sendiri dalam saat genting. Mesej sinis ini digambar saat bila singkap bongkak pihak USA yang tidak mahu membuka pintu The Arc untuk menyelamatkan diri daripada Tsunami. Mungkin anda melihat saat ini hanya sebagai satu saat cemas, namun.. jika diteliti, 2012 bukan saja hiburan biasa tapi gambaran satu keadaan yang mungkin terjadi saat kejadian cemas sebegini menimpa negara. Saat-saat beginilah, mula timbul bongkak dan pentingkan diri. Saat ini jugak, semua orang akan mula menggunakan kuasa mereka untuk mendapatkan apa saja aspek keselamatan.

Rolland bijak mengadun unsur keagamaan dalam filem ini. Aku cuba menyelak apa significant filem ini di samping ramalan Kaum Maya yang dijadikan satu filem fiksyen. Unsur penyatuan kaum menjadi satu tunjang penggerak kepada filem ini. Kita jelas lihat saat Islam, Buddha, Kristian mula mengabdikan diri pada tuhan saat dunia makin kiamat. Namun, mungkin sudah lewat kerana sebelum ini kita selalu melupakanNya. Tidak kira apa agama pun, aku lihat 2012 juga seperti menyedarkan kita bahawa kita hanya akan menyerah diri pada Tuhan hanya di saat akhir ajal kita bukan?

Aku membandingkan scaffolding cerita ini dengan filem THE DAY AFTER TOMORROW. Pada aku, 2012 adalah cermin THE DAY AFTER TOMORROW. Ya, mungkin ada yang mengatakan bahawa THE DAY AFTER TOMORROW adalah kisah global warming, dan 2012 adalah kisah 'kiamat'. Makanya, dua filem dari pengarah yang sama ini mempunyai premis cerita yang berbeza. Bukan itu yang aku maksudkan. Apa yang aku cakap ini adalah tentang kerangka dan binaan jalan cerita yang hampir sama. Idea global warming bukan satu perkara biasa. Semua orang tahu tentang itu. Sebab itu, Rolland menggarap adegan bencana di awal-awal filem menjadikan filem THE DAY AFTER TOMORROW sebuah filem tentang kemanusiaan dan kekeluargaan pabila mereka yang terselamat terpaksa survive keadaan bumi yang dah berubah.

2012 juga bertitik tolak dari idea yang sama. Walaupun tarikh 2012 bukanlah amat popular di kalangan semua penduduk dunia. Filem ini cuba membangun dari tarikh ini. Walaupun Rolland menggunakan premis ramalan kaum Mayan dan Nortradamus, apa yang ada hanyalah satu lagi THE DAY AFTER TOMORROW. Namun, versi THE DAY AFTER TOMORROW kali ini lebih banyak bencana dan kerosakan. Perhatikan pergerakan cerita THE DAY AFTER TOMORROW dengan 2012. Dalam THE DAY AFTER TOMORROW, seorang lelaki menemui satu berita yang kesan global warming akan dirasai terlalu cepat. Dalam 2012, seorang lelaki menemui yang dunia akan kiamat tahun 2012. Filem kemudian bergerak ke hadapan apabila hero kita ni cuba meyakinkan hal ini kepada pihak tertinggi.

Namun, apa yang sedikit berbeza dalam 2012 adalah kerangka 2012 yang dibantu watak Jack Curtis dan familinya yang cuba survive bencana. Walaupun Jack Curtis menjadi satu kerangka yang membina aksi-aksi cemas dalam filem ini, filem ini masih lagi bergerak selari dengan usaha manusia-manusia lain untuk survive keadaan ini dengan menaiki The Arc. Ada persamaan antara 2012 adalah ibarat THE DAY AFTER TOMORROW yang telah mekar menjadi pokok yang penuh cabang dan di cabang-cabang itu pula ada pelbagai kisah yang akhirnya bergerak akibat dari bencana yang berlaku.

Melihat visual efek 2012, garapan sungguh besar dan 'fulamak'. Aku sendiri terpinga melihat lurah besar di California dan Las Vegas. CGI 2012 lebih banyak berbanding THE DAY AFTER TOMORROW. Itu yang membuatkan 2012 menjadi sebuah filem yang padat dengan aksi cemas setiap karakter. Adegan California saat Jack menyelamatkan isterinya dari gempa amat menakjubkan.

Aku mengharapkan 2012 adalah sebuah filem yang sedikit berpijak di alam nyata sebab Rolland Emmerich cuba menggambarkan tragedi yang diramal pada 2012 ini. Namun, pabila dia meletakkan kisah pembinaan The Arc yang dipersetujui oleh 48 buah negara, filem ini sudah menjadi satu filem fiksi yang hanya sesuai untuk ditonton sambil makan popcorn. THE DAY AFTER TOMORROW tidak wujud atas kerangka fiksyen. Ia hanya kisah survival watak Dennis Quaid dan sekitarnya menghadapi cuaca yang sudaah berubah. Justeru, THE DAY AFTER TOMORROW aku lihat jelas menggambarkan kesan global warming yang mungkin akan berlaku.

pada 2012, The Arc itu nampak menjejaskan survival Jack Curtis kerana mungkin The Arc sebesar itu dibina dalam masa yang singkat (2 tahun). Malah, adegan babak last amat memberansangkan. Namun, kisah Arc yang sedikit mempunyai kisah ala Nabi Nuh (Noah Of Arc) menyebabkan kisah ini mempunyai pengakhiran yang cukup janggal. Aku mengharapkan pengakhiran 2012 seperti filem DEEP IMPACT. Pengakhiran yang ceria mungkin menggembirakan penonton. Tapi, berkesankah 2012 dalam memupuk kesedaran kepada semua manusia jika ada yang mempercayai tanggal 21 Disember 2012?

Aku masih ingat babak pengakhiran DEEP IMPACT, saat wartawan lakonan Tea Leoni memutikkan cinta terhadap ayahnya yang sudah lama dibenci kemudian, tsunami melanda dan mereka mati. Adegan yang sungguh menyentuh hati. Bukan aku nak mempertikai ending filem ni, tapi, filem yang berkisar tentang apocalypse, susah nak digambarkan dengan pembinaan The Arc. Aku yakin, jika pengakhiran 2012 lebih tragis tanpa ada kisah kejayaan The Arc, kisah 2012 boleh menyedarkan manusia untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Selain itu, 2012 mungkin akan menjadi sebuah filem yang boleh mengajar remaja dan kanak-kanak tentang kepentingan menja alam sekitar dan cinta terhadap bumi.

Kesimpulannya, 2012 bukan satu filem 'kiamat' yang selalu digembar gemburkan. Filem ini hanya menggunakan premis itu hanya untuk menggerakkan imaginasi Rolland yang hendak berkarya. Pada aku, mungkin filem ini amat baik dari binaan cerita. Kisah Jack Curtis dan The Arc bergerak selari dan membina kerangka. Amat baik. Namun, filem ini mungkin bukan satu filem yang baik untuk menyedarkan manusia untuk bangkit dan sedar yang dunia (walaupun jika takdirnya bukan pada 2012) akan kiamat jugak satu hari nanti. Papepon, 2012 adalah satu filem yang sesuai dengan nilai sehelai tiket untuk menonton filem. Berbaloi.

P/S: Ayat skema.. best sangat filem ni.. tapi, ini yang lahir dari analisis aku So, ada komen dan pandangan... silalah.

7 comments:

cik eykameow :) said...

"pabila dia meletakkan kisah pembinaan The Arc yang dipersetujui oleh 48 buah negara, filem ini sudah menjadi satu filem fiksi yang hanya sesuai untuk ditonton sambil makan popcorn"

aku x phm sgt. adakah babak time ni x masuk akal? atau..sekadar nk mjatuh kan negara yg x berkongsi dana tu? Btw,aku x tgk lg dow.... give up sbb asyik full jer!!tp bile bce entri ko arini.. terus rse nk gi tgk cpt²!! hehe. Btw, entry ni BESHHHHHHHHHH! aku sokong kowtt.. :]

p/s: blom tgk lg dh sokong. sbb dh dpt gmbar kn ape yg terjadi kt citer tu..

CikGu_MaN said...

yela... spttnye... 2012 boleh jadi satu filem yang sswai untuk ditonton sbg satu gambaran apa yg mungkin akan terjadi pada pandangan Rolland... tapi, The Arc itu sndri adalah satu fiksyen (aku slalu guna fiksi.. hehe)... jadi, bila The Arc itu dah dimasukkan dlm filem, maka filem ni dah jadi filem popcorn (macam transformer)... filem sekadar suka2...

filem 2012 nampak lebih bermesej di awal filem berbanding di akhir filem..

P/S: sori, ayat sy kekadang tungganglanggang... hehehe thanks4 reading

F.Aminurrashidd said...

yurp, penambahan the arc itu adalah rencah citerr.. xder the arc tuh.. citer tak jadi weyy.. hahahaha~~

sooooo Analoginya cukup mudah.. perencah atau bahan utama film ini adalah the arc sebenarnya.. efek bencana segala bagai tu dianalogikan sebagai ajinomoto.. penyedap mata memandang 2012 kaaaan?

senang cakap macam ni.. andai kata ko nak goreng telur laa.. the arc tuh umpama telur, efek bencana tu macam minyak masak..

macam mana ko nak goreng telur kalo xder telur kaaan?? so the main point film ini ialah the arc laa kaan sebenarnye kaaan? hehehehe

CikGu_MaN said...

tol 2 fawez.. akhirnya berjaya jugak ko mengarang satu komen yang panjang utk aku... ngehngeh2.. aku menantikannyer..

thanks...

tol 2.. ibarat telur dan minyak, kereta dengan petrol, kaki dengan tulang, dan sebagai dengan lagi...

2012 cukup mudah... hanya fakta yang di'twist' untuk menambahkan rencah... setuju, main point di sini adalah ttg The Arc...

bencana hanyalah scaffolding untuk mencapai masalah yang berlaku di The Arc.. kalau xde bencana, maka the Arc xkan wujud...

yeah :-)

F.Aminurrashidd said...

Akhirnyer aku berjaya menganalisis review film ko.. hak hak hak.. tp kalo film bollywood, melayu kureng kooot.. hahaha

scalfolding? hahahahah.. aplikasi sungguuuuh

CikGu_MaN said...

haha.. saje guna ayat gempak... padahal.. kerangka binaan je... ngeh2...

papepon... jmput komen lagi yer kalau aku mereview film... hehe..

btw, permintaan untuk blog movie english tak diluluskan.. tapi, ko leyh g ke GOOF SPOT untuk tgk mistake film2 besar k...

F.Aminurrashidd said...

kih kih.. da taw x lulus coz aku suh kasi link donlod free kaaan? hak hak hak.. okeh2x.. GOOF SPOT? akan diterjah heheh...