Wednesday, October 21, 2009

Tikar "Sembahyang":

Misteri sejadah berdiri

Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my


PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.

"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.



Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya.

Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah.

Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan.

Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.

"Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.

"Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.

"Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya.

Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.


-------------------------------------------------------------

KOMEN AKU:

Isu sejadah sembahyang ini memang bukan perkara luar biasa pon. Malah, dulu pernah video sejadah sembahyang diambil videonya dan dijadikan satu pengajaran. Bukan aku ingin menidakkan kekuasaan Allah, tapi, kejadian pelik ini sebenarnya bukanlah pelik. Pabila minda tu dah terlalu taksud terhadap sesuatu kejadian, maka jadila camni. Sejadah tu x mungkin bergerak sendiri dan membentuk sebegitu rupa. Mesti ada dalang. Sekali lagi, bukan aku menidakkan kuasa Tuhan (kepada sesiapa yg terlalu percaya dan taksub dengan hal ini).. aku tau, pabila tuhan berkata 'kun faya kun'.. maka semua akan terjadi dengan IzinNya.

Membaca artikel di atas, apekah yang sebenarnya aku dapat tafsirkan. Aku melihat betapa orang yg pandai memutar belitkan keadaan menggunakan sejadah hanya untuk memesongkan umat Islam. Ingat, sekali kita mempercayai kuasa lain selain Tuhan, kita sebenarnya sudah terpesong. Cukup bahaya jika ini berlaku. Oleh itu, ingat.. budaya meng'ia'kan mata tak perlu ada.. apa yg mata lihat kadangkala hanya ilusi.. macamni, bukan aku bercakap ttg magik atau ape. cume, jangan terlalu percaya kata2 dari mulut dan mata.. pertama, percaya pada akal.. sebab dari akal turun ke hati.. jangan percaya mata atau mulut.. kerana mulut mengubah persepsi otak dan mengganggu hati.. okla.. xnk bersyarah banyak.. namun, ingat, kuasa tuhan itu luar biasa.. namun, kes tikar sembahyang ni, kadangkala hanya permainan orang yg tak bertanggungjawab...

persoalan ya atau x.. aku serahkan pada korang sndri k.. tapi, kalau tanya aku.. aku akan jawab.. tikar ni sembahyang hanya sebab tak nak bagi orang lain sembahyang kat dalam surau ni.. maksudnyer.. ada ler tu orang yg malas nk solat, x nak solat.. pas2 wat benda ni dan.. makanya satu waktu la diorang tak bleh solat dlm surau tu.. fikirkan.. hal ini terjadi si sekolah.. sekolah rendah.. fikirkan di sini.. betapa makin sukarnya guru, nk handle budak2 sekolah cmni.. ish3.. papepon, xde prejudis k.. ini hanya komen aku.. kritikan diterima.. sila letak dlm COMMENT ..

8 comments:

ninim said...

no komen

F.Aminurrashidd said...

sal sejadah, aku tak pernah tengok depan mata, tp nak tanya:

Ha... apa pandangan ko pasal ayat Al-Quran hilang daripada muka surat nya?

iaitu bila dibelek2x.. terdapat beberapa muka surat kosong.. memutih.. ape pun x semua hilang, ada pages tertentu sahaja...

padahal, sebelum ini, kerap kali diguna untuk mengaji.. semua lengkap bertulis.. tetapi setelah khatam, Al-Quran itu agak lama tidak digunakan, disimpan di rak..

bila dibelek2x kembali. kosong sudah pages nya. komen2x.. =)

CikGu_MaN said...

hmm.. ttg 2 aku x pernah la pula mendengarnya.. ko pernah alami dgn mata kepala ko sendiri ker..??

kalau ko alami.. hanya tuhan dan diri ko saja tau sejauh mana kebenarannya ttg perihal m/s AlQuran 2. adkh ia terjadi disebabkan faktor Al-Quran itu sndri? faktor suasana, faktor bahan tulisan..(kemungkinan yer... jangan kata aku yakin dgn apa aku cakap.. ini hanya kemungkinan)...adkah ia terjadi disebabkan kuasa Tuhan? Hanya Dia yg tahu.. namun, ingt.. kisah yg kecil boleh diperbesarkan..


aku bukan malaikat yg tau apa kerja tuhan... tp, sbg manusia, dgn ada akal, kita kadangkala perlu guna logik juga..

sekali lagi aku tegaskan, aku tidak menidakkan jika kes sejadah ini, mahupun kes Al Quran itu adalah kebesaraNya, namun, fikirkan.. manusia juga mampu buat macam2.. ingat copperfield, ingat houdini.. 2 contohnya....kita sbagai manusia, harus tau menilai, dan tidak terlalu taksub pada cakap mulut yang hanya meng'ia'..

ambil contoh tesis, esei ilmiah.. ko cakap cm2 je, xde bukti kukuh.. x jadi beb.. photo boleh di'fake'kan.. video pon.. jadi, waspada. jgn terlalu taksub sehingga terpesong akidah...

sekian

F.Aminurrashidd said...

hehehe rumah aku xder houdini dan xder org pakar amek video pun.. cumer ader naskhah jer laa yg tersimpan sebagai bukti.. biar laa tersimpan rahsia di atas sana yang sememangnya takkan tercapai dek Akal ini.. sebab hanya Allah jua yang tahu.. hehehe

CikGu_MaN said...

Owh, ko bagusla.. jgn terlalu fikirkan hal yg tak tercapai akal... mungkin ada something sbg pengajaran.. perihal Al Quran tu.. Dia lebih mengetahui...

Berbalik hal sejadah ni... pandangan ko? Kerja Tuhan atau Manusia?

F.Aminurrashidd said...

kalo memikirkan menda yang x tercapai dek akal.. giler isim laa jadiknyer.. hahahah..

sal sejadah.. erm.. no komen.. hanya Tuhan sahaja mengetahui.. heh

CikGu_MaN said...

OK.. jawapan yang neutral.. bagus.. kita tgk pendapat pembaca lain...

Anda dipersilakan komen yer

ryan kiryu said...

komen aku..
kita selalu dengar dan bahas pasal sejadah berdiri.. tapi xpenah lak pikir pasal kita berdiri dalam solat.. adakah khusyuk???
chewah!!!