Tuesday, October 6, 2009

Perempuan Itu Bernama Barabah (Part 1)


Pengalaman menonton sebuah produksi UPSI yang memang superb.. dibarisi pelakon2 yang (pada aku) memang mantap dan berketerampilan, PEREMPUAN ITU BERNAMA BARABAH membawa penonton ke satu dunia komedi yang memang best giler la.. adaptasi karya Monteggo Busye ini cukup untuk menghibur dengan lawak2 yang pada masa yang sama memberi satu mesej tersirat kepada penonton. PEREMPUAN ITU BERNAMA BARABAH mengungkap perasaan wanita mengandung yang cemburu, kisah lelaki yang berpandangan jauh tentang diri dan impiannya dan kegembiraan dalam kehidupan.

Barabah (Nadhilah Suhaimi), seorang wanita ceria, happy go lucky.. dan memang hidup bahagia ngn suami yang memang suke byk cakap Banio (Rohazuddin Hassan). Barabah merupakan isteri ke 12 Bario dan kini mengandung anak mereka... Banio seorang suami yang mempunyai azam dan cita2 yang amat tinggi.. satu hari nih, sedang si Banio berada di ladang, rumah Barabah didatangi Zaiton (Nurjazmine Syahnaz), seorang wanita 'montok'. Timbul perasaan cemburu dalam hati Barabah. Biasela.. orang mengandung katakan...Perasaan cemburu diungkap kepada suaminya, Banio. Namun, Banio tidak pernah mengenali Zaiton. Beberapa tika, datang pulak seorang drebar kereta kuda, Adibul (Mohd Khiril Izam Che Rahim) yang disangka Barabah polis menyamar. Timbul adegan lucu antara Adibul dan Banio pabila dua orang ni memang berkongsi minat... namun, persoalannya di sini.. apa kaitan Zaiton dan Adibul dengan pasangan Banio dan Barabah ni??

2 la skit sbnyk story mory yg aku leyh bagi. Aku pon x baca novel asalnyer...Xleyh bagi byk2 .. kang x best. Pape pon.. memang sepanjang menonton teater ni.. x kering gusi gak la.. lakonan yang amat bersahaja ditunjangi jugak dengan suasana yang amat sesuai.. PEREMPUAN ITU BERNAMA BARABAH memang persembahan yang aku leh katakan the best selama aku berada di sini...Salute kepada team UPSI sebab berjaya menghasilkan skrip sebegini.. namun, aku cuba mencari ape sebenarnye yang ingin diterjemahkan dalam cite nih.. ape sebenarnya mesej yang besar yang cuba disampaikan oleh skrip komedi ni..

namun, sebelum 2.. aku salute jugak la kepada pangarah.. Iena Farida.. yang asyik lalu lalang kat depan aku sbb busy.. namun aku x kisah.. memang itu kerja dia.. so, dah memang aku duduk kat tempat yang x sepatutnya.. bukan ape pon, kjust nak ambik gambar yang lebih clear tanpa nampak kerusi2 yang banyak2.. memang aku pernah dengar tentang kekuatan teater ni yang pernah menang tempat di Festival Teater PERAK dengan menggondol pelakon terbaik lelaki dan perempuan.. dan aku.. (sbg orang amatur dan bukn orang seni) memang nampak kebolehan pelakon watak Barabah dan Banio itu..

keseluruhannya... ape yang aku nampak.. PEREMPUAN ITU BERNAMA BARABAH dikuasai oleh Barabah itu sendiri.. kenapa nama tajuk itu sebegitu?.. mungkin ya... sbb ini kisah seorang bernama Barabah.. aku jangkakan Barabah akan menghadapi konflik yang lebih tegang kerana fokus tajuk itu sendiri menggunakan nama Barabah. Selalunya, setau aku la.. jika nama karakter itu ditinta ke atas poster, maknanya, watak utama itu akan lebih bermain dengan perasaan. Aku menjangkakan Barabah yang komedi dan sentiasa happy itu akan menghadapi sesuatu konflik yang besar.. mungkin akibat Zaiton yang disalah ertikan kehadirannya.. atau pon konflik dengan Adibul...

namun... itu tidak berlaku.. apa yang berlaku.. Zaiton, yang menjadi satu 'twist' dalam cite ni lebih bemain dengan emosi pada saat akhir.. tapi, aku akui, teater ini sungguh kuat pada ayat2 dialog dan lakonan para pelakon yang boleh dianggap sebagai professional. Aku cukup suka melihat kelincahan karakter Barabah itu sendiri menggunakan pentas, karakter Barnio pon menjadi tulang belakang untuk menyokong komedi Barabah.. dan Zaiton.. yang mulut lazer namun, ada emosi, juga best...

Teater ni amat ringan dan bersahaja.. namun, aku melihat bagaimana skrip itu sendiri mengorek pelbagai jenis isu yang selalu bermain di dalam masyarakat. Isu yang biasa2 namun dilontar dengan bersahaja. Sepanjang memerhati dan menonton teater ini, aku mencari apa sebenarnya mesej besar di sebalik dialog2 yang dilontarkan... sbbnyer.. aku melihat, dialog2nya terlalu besar dan terpesong... seolah2 mahu memasukkan pelbagai isu dalam satu bicara...bila berkata2... then tukar topik.. masuk balik.. dah rojak jadinya... namun, xpe.. aku menganggap PEREMPUAN ITU BERNAMA BARABAH hanyalah sebagai komedi ringan yang mengungkap seorang wanita yang pencemburu...

papepon.. gambar ni yang best.. hehe.. dapat begambo ngn Barabah, Banio dan Zaiton... thanks..
Last.. cukup daa.. mau tido..
atas (dari kiri): aku sndri, Banio dan Din
bawah (dari kiri): yanti, azlina a.ka chip, barabah, steph dan zaiton..

P/S: kalau de kru2 PEREMPUAN ITU BERNAMA BARABAH yang membaca ni.. ini sekadar pandangan sorang amatur.. seorang student.. yang menonton .... ok.. ada pape, komen jer...





No comments: