Thursday, October 29, 2009

Kupasan Pemikiran Yasmin Ahmad Dalam Talentime



Baru hari ini sempat aku menonton sebuah filem Yasmin Ahmad. Bukan menjadi satu kebiasaan sebenarnya bagi diri aku untuk menonton filem Yasmin Ahmad. Aku pernah meonton Sepet dan Gubra dan aku yakin, Yasmin punya filem bukan satu filem yang memenuhi selera aku. Begitu juga dengan Talentime, sebuah filem yang penuh dengan kiasan dan sindiran. Dengan jalan cerita yang 'slow pace', aku akan selalu menguap menontonnye.Namun, aku cuba mengupas dan menyelidik apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh Allahyarhamah Yasmin Ahmad melalui filem terakhir ini.

Perlu diingat bahawa entry ini tidak berniat untuk membawa premis2 politikal dan berbaur perkauman. Ianya hanyalah sekadar kupasan aku terhadap filem Talentime.

Talentime mengisahkan tentang percintaan antara sorang gadis melayu dan seorang lelaki bisu India. Pada masa yang sama, seorang lelaki melayu juga turut menaruh hati kepada gadis melayu ini. Sekolah mereka, mengadakan satu Talentime yang menyaksikan 7 orang pelajar akan berentap. Selain itu, premis TALENTIME juga memaparkan tentang konsep sama rata antara kaum yakni layanan yang setimpal ke atas semua bangsa. Mungkin konsep ini sukar diterima, tapi inilah SATU MALAYSIA.. kan3?

Aku melihat bahawa Yasmin bukan mahu memfokuskan kepada persoalan SIAPAKAH JUARA TALENTIME ITU? di dalam filem ini. Mungkin Yasmin hanya mahu menggunakan TALENTIME itu sebagai satu ‘track’ untuk mengupas isu yang ingin dia paparkan. ANTAGONIS? Tidak ada watak antagonis yang jelas dan nyata di dalam diri ini. Malah aku cuba mencari, siapakah yang berat untuk dilabel antagonis.Kesimpulannya di sini, Yasmin cuba membawa satu titik permulaan kepada satu pemikiran bahawa semua orang adalah sekata. Itulah yg aku rasa Yasmin cuba bawa dalam semua filem.

Filem Yasmin yang terakhir ini tidak kurang beratnyer. Aku ingat lagi scene awal bila Hafiz menggunakan dadu untuk menjawab soalan exam. Aku nampak kiasan yang amat berat di situ. Lihat watak orang Cina yang asyik memandang saja sikap Hafiz yang malas. Namun, di tengah2 cite kita tahu yang Hafiz mendapat markah yang lebih baik dari Cina tu dan Cina tu tak puas hati lalu report kat cikgu dia yang juga berbangsa Cina.So, apa simbolnya di sini. Aku melihat bahawa Yasmin cuba menyatakan bahawa ada juga ketidakpuasan hati antara kaum2 lain dan ketidakpuasan hati apabila melihat orang lain lebih baik dari diri sndri.

Tapi, persoalannya di sini, Hafiz memperoleh markah yang tinggi hanya kerana tuah dadunya… dan Cina itu memperoleh kerana usaha. Memang patut dia mereport hal ini kepada guru. Namun, amat jelas membuktikan ada ketidakpuasan antara Cina ni dan Hafiz hanya kerana Hafiz sepatutnya tidak boleh pandai dari Cina tu.Jadi, siapakah yang sebenarnye perlu dipersalahkan.. Apa yg aku boleh simpulkan.. usaha itulah yg perlu.. Karakter Hafiz mempunyai dua side, kadangkala kita tak boleh mengharap tuah datang bergolek. Itu dark side Hafiz eventhough dia adalah seorang yang amat baik dan setiasa menyayangi dan menjaga ibunya yang sakit di hospital. Sisi potitive pulak adalah cara dia menghormati hidup dia.. bagaimana dia hormat kepada gurunya dan kepercayaannya kepada Tuhan.

Mahesh, lelaki bisu yang pada masa yang sama ada hati kat Melor menggambarkan kemelut keluarga yang bimbang tentang penyebaran agama lain ke dalam kaum India. Bukan aku menyatakan bahawa ini berlaku secara reality, namun, melihat dari sudut keseluruhannya, setiap agama mempertahankan penganutnya supaya tidak masuk ke dalam agama lain.

Yasmin juga mengupas konsep salad bowl budaya asing dalam kaum Melayu. Perhatikan keluarga Melor yang makan menggunakan Chop Stik (kaum Cina), bertutur bahasa INGGERIS yang pekat. Perhatikan juga, bagaimana dalam pada masa yang sama budaya asal sesuatu kaum itu tidak dipinggirkan. Mungkin yasmin cuba menegur tentang kelalaian diri kita sndri tentang pentingnya kita menjaga adat budaya kita dan pada masa yang dama menerima dan menghormati budaya lain di Malaysia.

Aku terfikir, APAKAH SIGNIFIKANNYER PENGGUNAAN LAGU “ORE PIYA’” DI DALAM FILEM NI? Ore Piya dipetik dari filem Aaja Nachle dilakonkan oleh Madhuri Dixit dan lagu ini dinyanyikan oleh Rahat Fateh Ali Khan.. sungguh syahdu tika aku mendengar lagu ini sehinggakan aku pergi ke YouTube untuk mendengar versi asal lagu ini. Aku fikir, mungkin lagu ini menjadi pujaan Yasmin sndiri pada masa hidupnya. Mungkin Ore Piya mempunyai impak yang amat dalam di hati Yasmin sehinggakan beliau menerjemahkan Ore Piya ke dalam scene filem ini.

Malah, aku terfikir.. GURU, APAKAH SEWAJARNYA DIORANG BUAT UNTUK MENGHADAPI PELAJAR YANG PELBAGAI KARENAH dan TELAH MENGHADAPI IMPAK SALAD BOWL INI DI SEKOLAH.. mesti cukup sukar bukan? Aku cukup kagum jugak dengan karakter Cikgu Adibah dalam berkonfrontasi ngn para pelajarnya yang pelbagai perangai…

Sekian… ada komen.. x puas hati… comment yer.. ini pandangan sahaja.. tidak lebih dari itu..

2 comments:

tony said...

Betul jugak tu, Malaysia nampaknya belum setanding sstgh negara Asean yang lain dalam bab pembinaan negara bangsa ini. Keudukan bahasa Melayu juga selalu dipertikaikan. Indonesia, Thailand dan Singapura nampaknya boleh mengamalkan konsep Melting Pot dengan jayanya. Sehingga kini, kita lebih seswai ngan Salad Bowl jer. Akultrasi dan asimilasi budaya memang wujud tapi perubahan amat perlahan. Kuang3.

.ib. said...

personally, i rase talentime sgt best n menang di hatiku! walaupun papadom best jugak tp talentime lebih memberi kesan... :)