Monday, October 26, 2009

Hindi Dan Tangisan...

PERHATIAN: POS INI BERTUJUAN UNTUK MENJAWAB PERSOALAN YG TELAH DIKEMUKAKAN OLEH BLOG RAKAN AKU YG LINKNYA DIRAHSIAKAN (Rahsia??).. TIDAK ADA UNSUR PLAGERISM DI SINI.. WALAUPUN IDEA SAMA!!
aku sudah bercakap tentang persaingan muzik India moden dan tradisional dalam filem (click sini)
bukan itu yg aku mau cite..

Orang selalu kaitkan filem hindustan dengan ini..
1) cinta tiga segi
2) percintaan dihalang mak bapak
3) nanyi guling2 dan tukar baju banyak kali dlm satu lagu
4) hero yg kekuatannya melebihi kekuatan jin tanah
5) heroin yang cantik
6) lagu di atas bukit
7) adegan nangis di ending movie
8) happy ending
9) sari nampak pusat
10) pemandangan yang cantik


TUL X?

Hadirnya aku di sini, bukan kerana mahu bercakap tentang filem newcomer aliran baru seperti mana yg kita lihat sekarang.. kalau korang nk tgk aku review dan maki hamun filem hindi sekarang, sila tekan butang ini (click).. skop pos ini meliputi filem romantix kira lama atau baru, formula ini tetap sama...

2000
1999
1998
1997

dan setara ke bawahnyer... adlah zaman mantap untuk filem tangkap nangis sbb 1998, Karan Johar mula melebarkan filem hindi ngn Kuch Kuch Hota Hai, sebelum itu, Dil To Pagal Hai pernah sentap peminat SRK n Madhuri Dixit sampai habis tisu di kedai mamak dan runcit... then, tahun 2000 menyaksikan superhit MOHABBATEIN menyentap hati anak2 muda yang memang memang suka cinta2...

Aku nak menjawab persoalan.. kenapa orang yang menonton filem hindi khususnyer wanita sanggup membeli sekotak tissue PREMIER yang ada lambang NEGARAKU untuk ditarik2 dan diletakkan di mata mereka sewaktu menonton adegan dalam filem hindi..

mari aku jawab persoalan ini.. hindi dan tangisan: kenapa orang akan menangis kalau tgk cite hndi?

kita lihat dari storyline cerita hindi yang cliche dulu...
perasan atau tidak, setiap filem hindi mempunyai dua bahagian.. kalau anda x perasan anda memang bukan peminat setia filem hindi. Bukan filem dahulu jer.. filem sekarang pon macam 2, cume pembahagian dua bahagian itu sedikit berbeza dengan filem aliran lama. INTERVAL atau INTERMISSION adlah nama khas bagi pembahagian dua bahagian ini.

Ambil contoh filem Mohabbatein.. sudah tentu pak cik (ye?) dan makcik2 yang menontonnyer syahdu dan meraikan cinta mereka dengan sejujurnya selepas menonton filem ni. ok.. kita lihat pengembangan plot cite ni.. perasan x pada awal2 cerita ada banyak lagu..?? di sini juga ada banyak adegan komedi.. dan adegan happy2 pasangan kekasih.. dan anda akan lihat karakter Raj Malhotra dan Narayan Shankar mula ada bibit tak puas hati.. tapi, masih dalam keadaan selamat..dan under control.. mesti korang akan geram2 bile pandangan dua orang lelaki berbeza umur ni berbeza tentang cinta...

namun, ingat lagi adegan Raj Malhotra berkonfrontasi ngn Narayan Shankar.. dikala Raj berjanji pada Shankar.. "dikala aku meninggalkan universiti ini, aku akan penuhkan tempat ni dengan cinta yang akan mengambil masa sepuluh keturunan untuk kau buang semula... aku akan penuhkan tempat ini dengan cahaya matahari yang sesiapa pandangnya selama 50 tahun akan buta.. dan apa yg berlaku pada kami (diri Raj dan 3 orang anak muridnya) tak akan berlaku kepada sesiapa lagi.. ini janjiku".. kemudian Raj keluar dari bilik Narayan dan Menga (Aishwarya Rai) dtg dan Amitabh Bachchn tengok je diorang pergi.. dan. lagu theme Mohabbatein makin rancak.. naikkan emosi.. then...ada tulis.. INTERMISSION
hah.. korang x jumpe part ni.memang bukan peminat kaw2 hindi la. bek tgk balik filem Mohabbatein.. ori ke x korang beli 2.. lalala

ini bermakna, masalah utama dalam cite 2 dah mula.. di sini.. selepas INTERMISSION, penonton akan lebih disongokkan dengan adegan tangkap nangis.. mood lagu pon, kalau ada selepas INTERMISSION adalah lagu2 sedih.. kan? dialog selepas INTERMISSION lebih mantap dan berbunga.. bertujuan mewujudkan feeling yang menyentap dan meluruhkan hati penonton..

oleh itu, setiap filem Hindi amat penting mempunyai INTERMISSION.. bahagian ini ibarat peralihan satu dunia yg happy, ceria dan fun kepada bahagian sedih dan penuh konflik.. kesimpulan aku.. menjawab persoalan.. kenapa wanita selalu menangis kalau tgk filem hindi... jika anda perasan, semua filem hindi akan mula menghadapi konflik di tengah storyline, bukan pada awal movie..

filem hindi amat dekat.. adegan sungguh romantik.. bila penonton terperangkap dengan adegan sebelum INTERMISSION, penonton sudah masuk ke dalam filem tersebut.. senang cakapnyer menjiwai setiap karakter... jadi, INTERMISSION ini bertujuan untuk menyentap dan mengejutkan penonton apabila karakter diorang sudah mula berubah dan menghadapi konflik.. konflik ape x kisah la.. yg pasti, konflik ini disulami ngn linangan air mata akan memberi aura kepada penonton juga untuk tumpang menangis.. maka terjawablah kekuatan beberapa filem hebat sekitar 90 an spt MOHABBATEIN, KUCH KUCH HOTA HAI, KABHI KHUSHI KABHIE GHAM dan lain2..

PERHATIAN: kadangkala, kalau korang x jumpe dlm filem hindi 2 de tulis INTERMISSION atau INTERVAL, jangan kata salah aku.. bahagian tu telah dipotong sbb benda 2 untuk pawagam.masa INTERMISSION ni la diorang akan tukar reel.. kan filem hindi panjang... so satu reel dan 1 jam setengah... but, certain DVD masih kekalkan part 2.... dan kalau bagi yg dipotong INTERMISSIONnyer, anda akan perasan sendiri apabila ada sikit sentap dari segi sound dan kejanggalan adegan seperti lagu terberhenti tiba-tiba dan terus masuk adegan lain...apabila sampai babak konflik atau kezutan dlm story di tengah filem.. selalunya pada minit ke 60 hingga minit ke 90.. cube cari... percayelah... anda pasti terkejut...
...
...
..
.
.
.
.
.
.
p/: ARTIKEL INI ADALAH KARYA ORIGINAL.. TIDAK DICIPLAK DARI MANA2 SUMBER.. BUKAN NK BERMEGAH.. CUMA ANDA PERLU TAHU.. MENCURI ITU DOSA.. OLEH ITU, KALAU NK SIARKAN ARTIKEL INI SMADA QUOTATION ATAU FULL ARTICLE, SILA LINK KE BLOG INI YER.. MEKACIH...



3 comments:

cik eykameow :) said...

sgt terujaa biler mmbaca ini~

CikGu_MaN said...

:-) mekasih..

paan said...

sgt suka mohabbatein...

dah berpuluh kali aku layan citer nie , tapi xpenah rasa bosan...terbaik la..

taste movie ko memang sama dengan aku..