Wednesday, October 14, 2009

Bollywood: Didominasi atau Mendominasi?

Beberapa hari lalu, aku sempat YM seorang kawan aku yang kini sedang study kat UM.. artikel ini bukan bertujuan untuk provoke tetapi hanya menyatakan pendirian dan pendapat aku dalam perbincangan mengenai filem Bollywood. Aku bukan menegakkan benang yang basah ataupun cuba melentur kembali rod yang sudah terlentur... hal ini jugak bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan elakkan dari berprasangka buruk dengan artikel ini.. artikel ini juga bukan bertujuan untuk pengkajian mahupun tesis2 anda (jika ada student MASCOM maupun pape yang berkaitan) nak gunakan buat asignment.. sebab artikel ini hanyalah sekadar pendapat.. tanpa disokong kuat oleh apa-apa pandangan pakar.. kerana apa?? kerana aku adalah pakar.. ahahaha.. aceeh.. xdela...Hari tu, aku terpancul la cite ttg Bollywod dan pemikirannya.. kira YM malam tu jadi ilmiah giler.. ahaha.. dan skema.. hangin pon ada.. biasa la.. dibidas dibidas aku tepis tepis dan tepis.. apa apa pon poin yg aku tulis, bukan kukuh sekukuh konkrit.. hanyalah sekukuh bulu di badan ayam yang tunggu dicabut bila nk dibuat ayam goreng.. ahaahaha..


BOLLYWOOD MENDOMINASI ATAU DIDOMINASI?

Persoalan ini tertimbul bila sorang kawan aku mengeluarkan pendapat yang filem Bolly sekarang sudah hilang natural struktur filem bolly yang sebenar.. aku faham bahawa zaman Sangam (1964).. bollywood memang menjadi satu bahan perbualan yang cukup besar.. mak ayah kita.. zaman bercintan cintun di ats kerusi kayu di Zoo Negara (ala ala filem Masam2 Manis) mesti ajak g tengok cite bollywood. Zaman tu cukup terkenal ngn scene guling-guling yg sehingga kini (pada aku) telah menyempitkan segelintir penonton yg tidak gemar bollywood hanya kerana scene guling-guling dan adegan tukar baju yang keterlaluan. Bukan aku mencari publisiti di sini dengan mengatakan pemikiran itu prlu dibuka, dikopek dan di... di.. di.. segala dii la..ya... aku setuju, mengatakan bahawa itulah filem hindi yang natural.. yang betul2 hindi.. plot yang amat tidak sofistikated .. cinta 3 segi, mak bapak punye halangan dalam bercinta, kisah reborn.. dan agama.. semua tu adalah filem yg memang suatu perkara yang memang india.. memang itulah perkara yang orng india suka tengok.

Sekarang... apa ada pada bollywood.. orang-orang muda seperti aku.. (21 tahun.. muda g). akan mengatakan filem bollywood skarang seksi dan bitchy.. dengan pemikiran yang lebih terbuka lantaran pasaran boollywood yang semakin gah. Persoalan di sini, perubahan ini, adakah bollywood ... bollywood itu sendiri telah didominasi hanya kerana mereka ingin mendominasi dunia perfileman? Dahulu, sekitar 90an.. filem KuchKuch Hota Hai, Dilwale Dulhania Le Jayenge cukup meletup... membuktikan permintaan peminat cukup cenderung menonton filem tangkap nangis seperti itu. Dibarisi kekuatan 3 'khan'... zaman itu memang membuka mata dunia ttg kekuatan filem bollywood. Sekarang... 2009.. apa ada? Filem yang laris sekarang adalah filem yang lebih banyak pengaruh barat.. ambil kisah Dhoom... terbitan Yash Chopra.. cukuplaris.. sehinggakan kerajaan india sendiri mengharamkan penerbitan Dhoom 3 yang dikatakn sudah melebihi garis norma perfileman bollywood.. kerana apa.. disebabkan peningkatan kadar lumba haram di Bolywood.

Malah, ada jugak yang berani mengkritik tuhan dan memainkan isu sensitif.. namun, aku fikir.. dari mana datangnya pengaruh ini..?? mereka.. ataupun generasi baru pengarah dalam bollywood? Tapi, kalau aku.. jika ditanya... filem dulu mahupun sekarang lagi baik? aku menyukai filem masa kini.. kerana tahap pemikiran itu sudah tidak sempit lagi.. cukup berani .. namun, tgkla .. 'kalau tsunami melanda india lagi'.. paham2 je la sebabnyer.. heheh.. bollywood mendominasi atau didominasi? persoalan ini terserah pada anda... pada aku, jika mereka mendominasi.. tak salah jika mereka didominasi sebelum mendominasi.. ambil contoh malaysia sndiri.. kerana apa kita maju... sebab kita didominasi barat... dijajah.. begitu juga.. orang bercakap tentang penjajahan minda.. mungkinkah ini yang berlaku dalam dunia bolywoood.. jawapan ini terserah pada anda.... bollywood didominasi.. atau mendominasio...

FILEM BOLLYWOOD BUKAN REALITI?

Ini satu persoalan yg bermain2 dalam otak... orang cakap.. filem hindi ni lebeyh fantasi.. nanti tgk filem hindi.. berangan sampai ke tido.. sampai rindu-rinduan.. sampai jadi 'jiwang'... betulkah? pada aku, jangan hanya melihat dari pemikiran orang lain.. belajar mengadapi dan lalui sndiri.. baru anda menilai filem bollywood itu stu pemikiran fantasi mahupun satu realiti yang di overexposed sekadar untuk mnjadi masala.. bila aku bercakap tentang masala.. meh kita tgk apa sebenarnya masala.. masala 2.. (macam chef plak).. campuran... orang india makan rempah itu ini.. itu signifikannya filem bolly... satu rencah kehidupan masyarakat india sndiri.. Melihat kepada kejayaan Slumdog Milionaire 9even ni bukan filem Bollywood).. ternyata, penonton worldwide suka cerita keadaan sebenar di India.. orang seluruh dunia nak melihat kisah si peminta sedekah, bagaimana setinggan.. kisah kisah yang realiti.. betul x?

namun, persoalan yang aku timbulkan di sini.... kenapa ramai penggiat bollywood masih buat filem aksi yang bertaraf hollywood sedangkan Slumdog Millionaire itu sendiri, membuktikan bahawa dengan kejujuran ... orang akan lebih gemar menonton filem ..filem itu menggambarkan budaya mereka sndiri.. persoalan ini, pada aku hanya dapat aku jawab dengan ikatan yg amat longgar. pendapat aku... aku ambil pendapat seorang lecturer, katanya... fantasi adalah satu cara untuk melepaskan tensen.. kesimpulannya, orang India suka melepaskan tensen dengan menonton filem yang membolehkan mereka merasakan satu kehidupan yang amat lain dari kehidupan mereka yang sebenar. Jadi, filem mereka sebenarnya ditujukan untuk orang mereka dahulu. Oleh itu, kita tak boleh la condemned industri mereka kerana pasaran mereka adalah sebegitu.

Kesimpulannya, lihat filem pada kacamata anda sndiri.. Bollywood, didominasi atau mendominasi, itu terserah pada anda... ok... chow..


2 comments:

ain fathihah said...

lagu2 filem hindi ni ada 'hantu' tersendiri..

boleh layannn dgr walaupn tak faham sepatah haram pun liriknya..

hehe

dlu msa zaman sekolah agak kerap tgk movie hindi..

tapi sekarang, takkan sanggup duduk 3jam semata2 nak hbiskan 1movie..

lamaaaa sgt

CikGu_MaN said...

owh.. tul 2 ain...
hehe.. tapi... 3 jam satu jangkamasa yg puas yer untuk tgk filem hindi..

hehe