Friday, September 25, 2009

Peter Jackson's DISTRICT 9

\
\

Peter Jackson mengupas isu kemanusiaan dalam District 9. Aku terfikir untuk mengulas filem ini dalam konteks kemanusiaan sebab aku fikir, District 9 adalah satira yang amat kuat dalam menunjukkan kerakusan manusia dan penindasan yang dilakukan semata-mata untuk kuasa, pangkat dan segalanya. Apa yang aku lihat cukup untuk buat aku faham bahawa District 9 memang satira yang memang ditujukan kepada negara2 yang amat taksub dan menyangkakakan diri mereka adalah segalanya bagi negara lain. Negara2 ini, mungkin mengatakan bahawa mereka ialah yang terbaik dan hanya mereka yang terbaik dalam segalanya. Tidak aku mahu mengatakan secara khusus, kerana aku cukup tidak professional dalam hal kemanusiaan dan kaitan dgn negara2 lain. Namun, cukup sekadar aku mengulas District 9 dan kemanusiaan secara ‘atas angin’ agar tidak ditempiasi oleh pelbagai hujan panas yang mungkin akan memanaskan lagi bumi blog aku ini. Aku juga akan menyentuh sedikit tentang dua filem Peter Jackson yang pernah popular tika masa dahulu.

Wikus adalah watak yang menggambarkan manusia yang telah tersalut dengan pelbagai propaganda negaranya sendiri. Wataknya sudah tercalit di situ, bahawa dia ditakdirkan berada di dalam pihak yang salah. Sungguh kasihan jugak aku melihat pengakhiran watak ni.. sungguh kasihan jugak melihat dirinya dipergunakan. Aku terfikir, kadangkala siapa pon, hanya akan datang kepada kita sbb kita ada keistimewaan saja. Kalau kita xde pape, mungkin kita hanya satu permainan diorang je. Wikus satu dari contohnya. Lihat bagaimana dia menjadi satu subjek yang penting lantaran ketidaksengajaannya. Takdirnya membawa dia menyelongkari satu propaganda sebenar kenapa kerajaan mahu memindahkan alien2 kat District 9 ke satu kawasan lain.

Watak Wikus, amat menyedihkan.. watak ini menunjukkan nilai kemanusiaan yang sebenar pada diri.Pada aku, inilah manusia. Kadangkala kita banyak diselaputi pemikiran atas angin yang akhirnya membuatkan kita menyangkakan apa saja yang dilakukan oleh kerajaan itu betul. Makanya, kita sntiasa menyokong apa saja tanpa membuat andaian sndiri akan reaksi tindakan kepada diri kita. Kita ada hak untuk memilih, dan kita adalah manusia… tidak ada niat mempolitikkan atau menempiaskan artikel ini. Tapi, inilah kebenaran yang Peter Jackson ingin kupaskan dalam District 9.

Peter Jackson cukup cekap menghuraikan tema kemanusiaan dalam filem2nya. Trilogi Lord Of The Ring yang membuka mata dunia tentang kebolehannya dalam bidang pengarahan membawa pelbagai rencah dan konflik realiti dunia manusia ke dalam satu dunia fiksi yang amat menyeronokn. Frodo menjadi kacamata neutral yang menyaksikan rencah dunianya dari Hobbit. Jika anda sedar, Hobbit amat tidak pernah mengambil tahu hal luar. Mereka hidup aman dan tak kisah apa jadi ngn dunia luar. Oleh itu, kehidupan mereka cukup gembira lantaran sikap saling tolong menolong. Namun, perhatikan.. mereka diserang dan Frodo dan rakannya dipaksa mengenali dunia luar. Kesimpulannya, Lord Of The Ring menyedarkan kita bahawa dunia luar amat luas dan perlu diikat sebati dengan dunia yang kita tinggal supaya kita sntiasa bersedia dgn apa jua kemungkinan yang akan berlaku.

Begitu jugak ngn King Kong edisi remake. Peter Jakson dengan lakonan mantap menyelitkan bahawa manusia sebenarnya tidak pernah menilai cinta secara abstrak. Ya, mungkin sntiasa kita dengar tentang propaganda dan kempen bahawa cinta itu buta dan tidak mengenal siapa. King Kong ditangkap lantaran ketamakan seorang businessman yang ingin kaut keuntungan. Ketamakan akhirnya membawa kepada kemusnahan. Fikirkan, apakah King Kong mencintai wanita (Naomi Watts) atau hanya sekadar menyayangi?? Kita sedar, cinta dan sayang itu sungguh jauh bezanya. Nilai sendiri. Justeru, wajarkah King Kong mati pada saat akhir hanya kerana sifatnya yang tidak mengerti cinta dan sayang??

Okeyh, balik kepada District 9. Ada scene yang memang menunjukkan bahawa manusia memang tamak. Wikus menyangkakan bahawa aliens itu amat jahat kerana menyimpan pelbagai alat yang membahayakan. Namun, dia sedar yang rupanya kerajaan mempunyai agenda sndri apabila adanya usaha untuk menyalin blueprint teknologi aliens yang akan digunakan untuk kepentingan negara. Wikus mangsa kekejaman kaumnya sndiri apabila dia sndri menjadi bahan ujikaji. Fikir.. kenapa manusia sanggup mengabaikan persahabatan dan talian persaudaraan hanya kerana kerajaan.?? Mana yang penting?? Kekeluargaan atau kerajaan?? Kita jelas melihat bahawa bapa kepada Wikus mati2an menipu isteri Wikus yang Wikus mempunyai agenda tersndri dan telah berpaling dari kerajaan. Sedar atau tidak ‘berpaling dari kerajaan’ dalam erti kata perlakuan Wikus adalah satu tindakan yang amat wajar.

Wikus berada di pihak yang benar. Aliens2 2, aku terfikir tentang negara2 yang berada di dunia. Bayangkan District 9 dalam dunia sebenar. Kita tahu, adanya negara dunia pertama (betulkan jika salah), ada juga negara dunia ke tiga yang masih sedang membangun. Ambik setiap antagonis dan prontagonis dalam filem ini dan bandingkan. Jika kaum manusia dalam filem ini adlah pemerintah dunia pertama, dan kita sebagai aliens yang kadangkala dipergunakan, adkah kita sebenarnya mewujudkan District 9 dalam dunia sebenar?? Atau… inilah satira sebenar Peter Jackson yang dibawa ke dalam District 9?? Terserah pada anda untuk menilai. Namun, aku akui, inilah satira yang jelas terpapar dalam filem ini.

District 9 membuktikan bahawa orang yang berkuasa mampu melakukan apa saja. Sehinggakan sanggup mempergunakan orang bawah.. juga membunuh. Aku ingat lagi scene dimana alien2 ni berjumpa dengan sekumpulan pemberontak untuk mendapatkan beberapa tin makanan kucing sebagai makanan. Dalam scene 2, mereka membuat pertukaran apabila menukarkan 100 tin makanan kucing dengan sebuah teknologi aliens (sebuah robot) kepada manusia. Namun, apabila pertukaran dilakukan, aliens2 ambik tin makanan kucing dan akhirnya dibunuh. Sungguh kasihan.. kadangkala, ini yang berlaku pada negara dunia ketiga.. yang sedang membangun.. dan masih bergantung kepada negara yang bsar.. aku rasa, ini juga berlaku dalam negara yang mundur.

Kuasa mampu membuat apa saja. Namun, mungkin orang yang berkuasa besar tidak sedar bahawa orang yang berada di bawah juga mempunyai kuasa. Sungguh aku terfikir, kenapakah aliens2 ni x datang dan serang bumi.. mereka hanya makan daging lembu, dan makanan kucing.. xde pulak diorang makan manusia. Malah, mereka berbaik2 ngn manusia dan mencipta pelbagai alatan untuk kita. Namun, kerakusan dan kemegahan manusia menyebabkan kita selalu melakukan apa saja dengan mencuri. Tengokla, pesal saintis2 x g bincang2 ngn aliens2 tantang weapon2 diorang cipta? Ni dah dapat teknologi, usaha mengusir pulak dijalankan. Sungguh keji manusia bukan?? Dalam filem ni, saintis tau, bahawa weapon aliens2 ni x berfungsi jika x disentuh tangan alien 2 sndri. Nape x berbincang je ngn diorang.

Jujurnya, mungkin anda sume faham tentang isu ketamakan, kerakusan dan kemegahan manusia yang suka menindas. Aliens2 itu bukanlah karakter asing. Peter Jackson cuba menyelubungkan watak2 manusia dunia ketiga mahupun negara mundur dalam topeng makhluk asing tersebut. Negara penindas dibuka topengnya dan jelas dibawa oleh watak manusia sendiri. Wikus akhirnya menjadi alien itu sendiri lantaran mutasi yang berlaku. Lantaran itu, pelbagai persoalan dan label diletakkan kat Wikus.. inilah manusia apabila banyak berpegang kepada teori. Sungguh kasihna Wikus.. namun, cukup jelas bahawa manusia kadangkala tersepit dek kerajaan yang dipercayai menindas orang yang tidak memahami. Sekian..

No comments: