Wednesday, September 16, 2009

10 FILEM BOLLY YANG CELUP

ENTRY INI ADLAH USAHA AKU SENDIRI.. TIDAK DIBENAR MENYALIN CETAK ARTIKEL INI TANPA MELETAKKAN KREDIT TERHADAP PENULIS.... INGT... PLAGERISM ITU DOSA... hmmm...


Sedar atau tidak, ada filem2 Hindi yang mengambil jalan cerita Bollywood untuk dijadikan storyline.. meh aku bawak sikit crita hit Hollywood yang pernah di'copy' oleh penggiat filem Bollywood..

1) RAAZ (Dino Morea n Bipasha Basu)

filem ni adalah satu filem yg menjadi titik tolak perubahan filem Bollywood dalam skop filem seram... sebelum ini, Bollywood tidak pernah ada filem seram.. mungkin zaman 80an dulu ada.. keberanian Bhatt bersaudara... mengambil inisiatif memulakan kembali genre ini yang telah terkubur, telah membuka pintu baru untuk genre ini.. Raaz meletup di pawagam.. hanya dengan gandingan dua pelakon baru Dino Morea dan Bipasha Basu (sebelum ini berlakon dalam filem pertama, Jism di samping John Abraham), filem ini meletup lantaran kisah yang lain... dan ditambah dengan lagu hasil nukilan Anu Malik & Sameer yang memang top chart.

Namun, sedarkah anda, filem ini mempunyai plot yang sama dengan filem Hollywood ini.. What Lies Beneath lakonan harrison ford dan michaelle pfeiffer??
jika anda menonton dua filem ini.. anda akan sedar ada beberapa scene 'celup' yang memang terdapat dalam kedua2 filem ini...

2) QAYAMAT (Ajay Devgan & Isha Koppikar)
Filem ini aku cukup gilai suatu tika dulu.. dengan music yang top chart .. filem ini memang satu percubaan baru Bollywood apabila mencipta suatu kisah ttg sejenis virus... filem ini sebenarnya menceritakan ttg sebuah pulau yang telah ditawan dan dijadikan fortress untuk mengugut kerajaan... masih ingt filem apa yang sama dalam industri Hollywood yang pernah direleasekan??

ya... sebuah filem Michael Bay.. The Rock... lakonan Sean Connery yang top chart di panggung... malangnya, Qayamat tidak laris di pawagam.. namun, lagu2 dalam filem memang giler punyer sedap.. menusuk telinga dan beshh... seperti biasa, memang korang akan jumpe scene2 yang memang sama dalam kedua-dua filem ni... Aku suke scene lagu dalam filem Qayamat.. sungguh cantik..

3) NAINA (Urmila Matondkar)

Naina adalah sebuah filem yang mengisahkan ttg seorang perempuan buta yang akan mendapatkan implant.. dan malangnya pabila dia dapt lihat dunia, dia dapat tgk hantu... filem ni diadaptasi.. diciplak.. dari sebuah filem chines bertajuk THE EYE... yang akhirnya diciplak jugak olah Hollywood atas tajuk yang sama... filem asal THE EYE asalnyer x silap aku dari Pang Brothers.. lakonan Shu Qi x silap... pas2, filem ni ditranslate ke dalam Hindi.... dilakonkan oleh Urmila Matondkar..
Cume, ape yang besh ttg ketiga2 version ni.. korang akan dapat tgk satu jalan cerita yang sama.. ending yang sama dan segala2nya yang sama dalam 3 tradisi yang berbeza.. amat unik jugak... namun, main ciplak menciplak ni.. huhu... tambah muvi je tapi x tambah idea...

4) Road (Vivek Oberoi)


Cite ni amat besh.. aku cukup suke cara Ram Gopal Varma mengucai dodol cite ni sehinggakan memang sebati ngn Bollywood.. filem Road mengisahkan ttg sepasang kekasih yang kahwin lari... dalam perjalanan... di tengah jalan yang kosong, diorang jumpe seorang lelaki yang tidak dikenali... dan lelaki itu mintak tumpang kete diorang... apa yang diorang x tau... lelaki ni psiko.. dan baru je lepas melakukan pembunuhan... cukup thrill cite ni... namun, sedar atau x.. storyline cite ni adalah berdasarkan THE HITCHER.. sebuah filem Hollywood yang lama dahulu.. maybe 80's kot cite nih...


jika The Hitcher lebih gruesome.. Road hanya biasa.. namun, aku cukup suka olahan Ram Gopal Varma dalam membawa cerita Hollywood ke dalam masala filem diorang.

5) AB BAS (x hingt lak plakon saper)


Cite ni flop... dan aku memang cakap... x besh.. sexy jer lebih... tak payah tgk.. pelakon ape2 nth... filem yang flop dan gagal di pawagam.. cite ttg seorang isteri yang revenge ke atas suami dia coz tak tahan ngn suami yang giler2 bengang.. dan xde tanggungjawab.. filem ni dicelup dari filem lakonan Jennifer Lopez.. bertajuk Enough...
6) EK AJNABEE (Amitabh Bachan & Arjun Rampal)


Cite ni memang besh.. Amitabh Bachchan memang handsome and stylo.. tua2 bangka dia, masih boleh melakonkan filem ini dengan mantap. Kisah berlatar belakang Bangkok.. mengisahkan seorang bodyguard yang ditugaskan menjaga seorang budak.. bapak budak ni ahli mafia.. so, wujud la perasaan kasih syng bodyguard ni ngn budak ni. apabila sbb bapak dia punye pasal, anak ni jadik mangsa.. kena culik.. terfikir x filem ape yang sama ngn filem ni di Hollywood??

ya.. filem MAN ON FIRE lakonan Denzel Washington.. cukup sedih cite ni... storyline sama.. pada industri yang berbeza.. Man On Fire cukup hebat dari cinematography.. crita nampak cam terlalu drama... aku x tertarik sgt pada awalnyer utk tgk Man On Fire.. tapi, bila smpai ending2.. dah mule suke.. Berbanding ngn EK AJNABEE... kisah lebih kurang sama.. namun, pertukaran set dari Mexico (MAN ON FIRE) ke Thailand (EK AJNABEE).. menampakkan filem ini bukan celup filem mana2..

7) GOD TUSSI GREAT HO (Salman Khan, Amitabh Bachchan)

Sebuah filem berani.. seperti kata chip.. mcm bagi leher kat orang agama utk dipancung jer cite nih... cite ttg sorang lelaki brnasib malang dan salahkan tuhan... kemudian tuhan dtg jumpa dia dan beri dia peluang utk jadi tuhan.. sebuah cite yang kalau korang sedar.. x pernah berlaku pon dalam tradisi india... memangla.. sbb filem ni dicelup dari BRUCE ALMIGHTY lakonan Jims Carrey.. hmm... sampai cm2 skali.. celup filem berani mati ni.. tentu sume dah tau ttg betapa kontroversinya BRUCE ALMIGHTY.. namun, mungkin Bollywood mahu kontroversi itu berlaku dalam industri Bollywood coz diorang pandang kontroversi leyh lariskan filem.


8) RAKHT (Bipasha Basu, Sanjay Dutt, Dino Morea dll)

filem thriller ttg pembunuhan seorang wanita.. yang telah diramal oleh sorang tukang tilik.. cite simple.. dan seksi.. namun, permainan cite amat complicated dan best... lagu cite ni kureng siki.. too much seksi dan the beat itself.. sedar atau x... filem ni ditiru dari filem inggeris arahan Sam Raimi... THE GIFT.. dibintangi Keanu Reeves...

filem ni terlalu berangkai... banyak teka teki.. dan punyai akhiran yang sgt mudah... boring cite nih...

9) HAWAS (Menghna Naidu)

HAWAS satu g filem flop bolly... yang (hmm... maleh nk cite).. penuh ngn adegan panas.. panas kat scene2 lagu jer... pas2 cite meleret2.. cite ni dilakonkan oleh pelakon yang pernah membintangi filem Ab Bas.. cite ttg konflik suami isteri.. kecurangan seorang isteri yang mendatangkan curiga terhadap suami... mengambil kisah UNFAITHFUL lakonan Richard Gere sbg backbone cite ni, filem ni bukan satu duplikasi yang baik... lagi teruk adela...

10) TATHASTU (Sanjay Dutt, Esha Deol)

Tathastu mempunyai premis jalan cerita yang baik... pengarahnya yang dahulu pernah tampil ngn filem box office Hindi, Dus.. cuba melingkupkan karier (pada aku) nya dngn filem celup ni.. aku respek pengarah ni, sbb punyai vision utk membina filem ala2 CIA dalam Dus.. namun, filem ketiga dia ni, Tathastu.. memalukan tul.. Tathastu menceritakan ttg seorang bapak yang berusaha utk dptkan transplant utk anak dia.. terpaksa dan terdesak, seorang bapa terpaksa menjadikan hospital sbg kawasan tahanan ... dengan beberapa tebusan, beliau cuba buat sesuatu supaya anak dia dapat diselamatkan...

mengambil premis filem Denzel Washington bertajuk JOHN Q... filem ni hanya penuh ngn adegan skema dalam hospital.. dan nasihat yang berjela2..


sekian.. 10 filem ciplak yang aku tau.. spnjg aku menjadi peminat setia Bollywood...

8 comments:

Anne Abraham said...

Man,aku nak tambah 1 lagi filem.. Kat Hollywood,tajuk dia The Others. Nicole Kidman berlakon..

Kat Bollywood,aku dah lupa tajuk dia..tp yg aku ingat Amitabh Bachan de gak berlakon..

Cerita ni cerita hantu..Cerita psl sorg suri rumah yang kematian suami di medan perang and ada 2 org anak. Anak dia x leh kena cahaya matahari. Dalam umah tu,suma pintu kena kunci. Lepas masuk,kena kunci balik.Tkot anak dia kena cahaya.

Then,umah dia cam dihantui sbb dorg satu family rasa di'ganggu'..tp last2 dia,mmg best la.. Senarnya Nicole Kidman n anak2 dia tu yg hantu wei..leh lak dorg x pasan dorg hantu...mase aku tgk filem ni ngan chip,best gak.. lebih ske Hollywood nye version.. Bollywood nya,dia tukar ending..

ok,sekiaannn...hehe

CikGu_MaN said...

aku ingt.. tajuknyer Hum Kaun Hai... Amitabh Bachchn.. thanks . aku luper..

btl... versi Nicole Kidman lagi sedap...

thanks again...

ninim said...

wah...man aku rasa ngko salah terjun bidang ar...pasni sambung blajar kasi lawan sama David Teoh....hehehehe

CikGu_MaN said...

itu David Teo a.. kat lutut saja maaa...

(ceh.. macam aku profesional sgt...lalal)

biasela... insyalah.. aku akan jadi Cikgu yang mengarah muvi.. hehehe x pon, mereview movie...

tony said...

Hahahaha, pernah gak ak baca pasal filem-filem ciplak ni,bagus paparan artikel kau tu. Tak dinafikan, Bollywood ialah pengeluar filem terbesar dunia, namun kualiti produknya jarang setanding Holloywood. Yang main ciplak, x payah citer, hampas. Big B pernah kata India tak perlukan anugerah Barat, namun dia x mampu buat apa2 pun, lagi la hampas. Memang benar, India bukanlah pengeluar filem seram dan thriller yang hebat berbanding Thai, Jepun dan Korea. Tapi, karya ciplak jelasnya klise. Hehehe.

CikGu_MaN said...

tul 2 tony... bollywood mmg pengeluar filem terbesar dunia... sbb dgn duit filem la diorang jana pendapatan negara... hollywood.. hmm.. only for fame...

RedVixen said...

lagi 1 cite baadshah yang srk blakon tu. tiru cite rush hour dengan cite nick of time. plot sejibik.

qucai said...

ade jugak hollywood tiru bollywood cth film the other women tiru cite Ladies vs Ricky Bahl.. blh rivew x hollywood tiru citer film asia lain cth the ring