Wednesday, September 2, 2009

BOHSIA: ni review aku


BOHSIA.. sbuah filem Syamsul Yusof ... yang aku rasa... terlalu kasar.. agresif dan berani.

Aku cuba mencari apa yg special ttg filem ni.. ni review aku.... sbg sorang pengkritik amatur...

BOHSIA bermula dengan kisah yang amat luas. Fokus utama kepada Bohsia... tanpa ada satu pegangan atau kerangka yang boleh mengajak penonton untuk menonton sehingga habis. Apa yada pada sejam pertama filem ini hanyalah kata-kata kesat dan lucah ... jugak adegan yang ala-ala belakon drama kat atas pentas sewaktu kem motivasi, mahupun kem-kem lain di sekolah. Macam terlalu cetek... dan terlalu overdose...

PEREMPUAN SUNDAL, BOHSIA, JALANG, ROMEN, BETINA ape lagi bahasa kesat yang aku leyh jumpe... sungguh berani.. namun.. ayat2 sebegini influencenyer terlalu besar... even 18 PL.. tak ada siapa yg dpt halang bebudak tengok bila filem ni dicetarompak...

Maaf aku cakap... Nabila Huda... sebagai Tasha.. sungguh 'overdose'... macam nampak sangat berlakon... Syamsul Yusof (ni lagi kureng), Shaheizy (boleyh laaa)... sume macam terlalu menunjuk2 yang bahasa diorang itu seperti yg digunakan dlm perbualan seharian Bohsia2.. maaf jugak di sini.. aku melihat Johan Raja Lawak lebih stabil lakonannya dari pelakon utama.

Kerangka Bohsia satu jam pertama... aku terfikir.. ape kebende la yg nk dikisahkan kat sini.. apa sebenarnya yang Syamsul nk cite nih??? yela.. bila dah nama pon Bohsia... cite pon ttg Bohsia la.. aku cube mencari keutamaan itu.... di mana??? namun.. ape yg aku jumpe.. cite mat rempt ngn wanita korporat, kisah bapak ayam yang ada adik yg baik... dan kisah cinta pakai buang mamat-matmat rempit yang pada aku stabil. Stabil di sini... maksudnyer... cite ni hanyalah gah pada nama Bohsia... bukan pada fokus utk mengetengahkan kehidupan Bohsia.... konfrontasi dengan dunia pelacuran... dan cinta ngn wanita yg berstatus tinggi... kerangka2 kecil ini sebenarnya dah mengaburi matlamat asal cite ni yg sepatutnya fokus kepada bohsia itu sndri...

Okeyh... pape pon.. 30 minit terakhir... memang mantap. Ya.. lupekan ye ttg bohsia kerana semasa ini, korang tentu akan bermain dengan perasaan kerana jalinan semua kerangka yang bersatu dan membentuk satu masalah baru.. aku kagum jugak ngn jalinan ni.. bila Aishah tau Azam (abang dia) bapak ayam... bila Mus tau yang Amy (minah pakai buang) terlalu sayangkan dia sedangkan Mus dah jatuh hati kat Aisyah (teman chatting)... semua kerangka ni mewujudkan satu emosi baru... aku perasan... yang ada perubahan dari segi dialog.. kalau korang sedar, dialog pada permulaan filem macam sampah.. mcm xde la penting sangat.. banyak main2... banyak kata kesat.. then, bila dah sampai babak2 emo.. xde la sekasar mana.. minah bohsia ni ada lak perasaan... namun, ya.. aku sedar yang Syamsul cube menjelaskan yang bohsia jugak manusia.. ada hati dan perasaan.

Selepas kejayaan KL Menjerit (Bade Azmi).. dtg lak filem racing haram yg len... sehingga kini.. berapa byk filem ttg mat rempit dah ada.. Symsul memang nk menyampaikan mesej yg baik... tapi sampai bila filem sebegini nk dilambak di pasaran.. suatu hari nanti.. selera penonton akan berubah...

cukup jelik aku melihat aksi2 separa lucah dlm BOHSIA.. namun, cukup berani... terfikir... adkah babak2 ini akan menyumbang kepada keruntuhan moral atau memberi impak yang baik supaya remaja menyesal ngn perlakuan begini??

Lagu CIK ADIK by James Baum feat. Dowl n Hani cukup gah.. aku suke..

Editing cukup stabil .. namun, cinematografi sederhana.. kekadang ada gak aku rasa sperti tgk filem Sangam.. asyk main fokus2.. ini widescreen filem... macam pelik dan janggal.. huhu.. Namun, aku respek ngn stunt yang ada dlm filem ni.. babak last .. yg geng2 gaduh paling awesome..

okeyh.. 2 je..

daaa..

3/5


2 comments:

:: ANAH :: said...

~he3..hebatlah Man ulas filem..gaya bahasa pun best=p..

~ada bakat ni jadi pengulas filem ni..

~nway,tak tengok ag lah filem BOHSIA jangan pilih jalan hitam ni.nak cube la cr kat youtube.kot2 ade..he3..

~bace man punye ulasan ni wat aku rase nk tgk plak kekakuan Shamsul berlakon..he3

CikGu_MaN said...

huhu anah.. biseala.. kalau dah belajar literature.. hehehe tq sb sudi bace...