Saturday, August 8, 2009

DRAMA sePAGI di KTMB

Yeaeyyy.. dah balik KHAR.. aku mulakan KHARian story ni dgn kisah drama2 jiwang skit… xde kaitan antara idup n mati ey… ok.. keep on reading.. figure out something.. n give a comment…

------------------------------------------------------------

Perjalanan keretapi hari ini mungkin satu kelainan. Entah kenapa, hatinya berdegup kencang tatkala Bulan berada disisinya. Bukan ini kali pertama Pungguk menaiki keretapi. Sudah berkali-kali. Tapi, entah, sesampai di bilik, Pungguk rasa dia perlu mengungkapkan sesuatu, sebagai titik permulaan. Walaupun permulaan ini, mungkin akan jadi pengakhiran.

Pungguk tidak pernah mengenali Bulan. Tidak sama sekali. Ini kali pertama. Ya… kali pertama.

Dari Arau ke Gurun, tiada peneman di sisi. Pungguk ambil masa untuk membaca. Naskah Salina Ibrahim menjadi peneman. Buku merah Bukan Yang Pertama dibaca walaupun tebal. Kadangkala, Pungguk memerhati keluar jendela, melihat sawah yang luas. Kuningnya indah… memang indah.

Saat Pungguk ketemu dgnnya, semasa dia menaiki keretapi di stesen keretapi Gurun. Takdirnya Bulan berada di kerusi sebelah. Pungguk di ‘Window’, Bulan di ‘Aisle’. Lidah kelu hendak berkata, mungkin juga hati berdegup kencang di dada. Tidak pada mulanya, Pungguk mulakan perkhabaran dengan soalan lazim, “Hendak ke mana??”. Bukan apa, supaya senang untuk bangun dari tempat duduk nanti jika Bulan hendak keluar lebih awal.

Makanya, jawapan itu seolah satu perkhabaran berita gembira. Destinasi kita sama. Ya, sama. Mungkin Bulan lebih petah berbual jika Pungguk memetik picu kata. Pungguk mulakan. Ya, memang betul, Bulan terus berkata-kata. Sembangnya lancar, Pungguk mendengar dan terus mendengar… tidak payah jika Pungguk, bakal ‘sir’ dan Bulan bakal ‘ustazah’ bertutur dalam dialek yang sama. Kerana mungkin walau tempat datangnya berbeza, hati tetap ‘utara’.

Ya… entah kenapa, saat Pungguk berbual, banyak mata memerhati. Sepupu Bulan yang berada di hadapannya, hanya membiarkan Pungguk bersembang biasa dengan Bulan. Mungkin dia tahu, dari universiti yang sama, hati pun mungkin sama.

Bukit Mertajam menjadi batu pemisah. Entah kenapa, Pungguk sudah kering idea untuk berkata-kata. Pungguk dan Bulan, kelu.. kelu.. kelu sehingga sampainya ke destinasi. Ya, mungkin Bulan keletihan, dan mungkin juga dia tidak berapa ‘masak’ dengan cara perbualan Pungguk yang mungkin terlalu formal untuk ‘ajnabi’.

Saat keretapi maju dari Bukit Mertajam ke Butterworth, Pungguk yang asyik memegang novela, rasa perlu menyimpan kembali naskah itu. Tidak perlu ada novel lagi. Mungkin Bulan boleh menjadi peneman bicara. Hah.. saat Pungguk bangun, mata terpandang duit merah. Ya, mungkin Bulan tuan punyanya. Pungguk simpan, dan ya.. ia memang hak Bulan. Namun, itu saja perbualan yang terjadi. Semua jadi diam.. keletihan agaknya.

3.30pagi.. sampainya Pungguk ke Tanjung Malim… memang Pungguk tak harap akan berjumpanya lagi. Mana mungkin sekali ketemu udah dibilang jatuh rindu. Mungkin dia tidak mengharap, namun Tuhan memberikan Pungguk harapan. Pungguk bertanya, mungkinkah sekali lagi peluang???

Harapan?? Ya.. harapan… Pungguk ketemu sama Bulan lagi sewaktu menaiki ‘teksi sapu’. Mana mungkin, sepupunya yang semester 7 itu berkata ‘muka ni lagi!!’.. ya, maknanya, kami satu teksi dalam perjalanan ke kolej.

Namun, disebabkan mulut sepupunya yang lebih petah berbual dengan pak cik teksi, Pungguk diam..Bulan juga diam. Namun, peluang.. ya.. peluang.. pabila tinggalnya Bulan hanya bersebelahan dengan kolej kediaman Pungguk. Maka, Pungguk berdua bersama Bulan, pulang. Sampainya di kolej kediaman, ingin juga rasanya bertanya nama. Namun, kebenarannya… Pungguk berlalu begitu saja.. tanpa mengetahui siapa nama sebenar Bulan.

Harapan ini, walaupun hanya mungkin satu fiksi, Pungguk harap akan berjumpa dia lagi. Suatu hari, jika Tuhan memberi, Pungguk akan ambil dan janji takkan mengulangi. Yang silam akan pergi, yang terpendam akan diselaputi. Namun, kalau terpendam diluah, mungkin jua akan berbuah.

P/S: Realiti ini hanya harapan.. bukan angan-angan.. hanya harapan.. yang mungkin menjadi satu titik kenangan atau impian……

** ini hanya fiksyen.. kalau sesape yg rasa dirinya bulan.. meh, tampilkan diri… ahahaks.. cite ni mmg tersirat skit.. so, sesiapa yg x mengerti.. mengertilah… harap2 bulan tidak membaca…

8 comments:

Anonymous said...

hahaha...man, kalau ada jodoh tak ke mana..ada orang bertemu jodoh dalam ketapi

CikGu_MaN said...

oit... sape kah anonymous ini... sedap2 jeee..

Pemadam Baru said...

adess..cam crite hindustan..lalalaa

CikGu_MaN said...

hoho... biasalaaaa....

juz kawaii said...

ahahaahha
apsal xleh anonymous plak??
nak gak..hahaha!
xpe man, nanti kite g risik same2 eh gal tuu..
aku pon nak tgk gak ustazah ko..yg bikin ati man nh jadik rawan..hahahaha

CikGu_MaN said...

juz kawaii... jadilah diri sndri.. jangan jadik anonymous

:: ANAH :: said...

wah~~
kisah cinta hebat ni..
aku nnt kan sambungannye=p

CikGu_MaN said...

insyaalah... kalau ada sambungan.. hehe