Sunday, July 26, 2009

WHY DIS HAPPEN 2 ME..

Aku cinta dia… aku sayang dia… dia selalu bukakan pintu untukku.. dia adalah segalanya… pengikat hati, jiwa dan segalanya buat diriku ini…

Tiap hari aku bersamanya.. namun, mungkin kepentingannya tidak aku rasa… selama 3 semester… dia ku bawa ke bilik, ke kuliah mahupun study di library…

Aku hanya mencarinya ketika susah.. dan hari ni, aku mmg susah.. dan tidak terdaya berkata apa apa.. mungkin tuhan ada rancangan buat aku dan dia…

Tapi??

Kenapa semalam??? Kenapa semalam Dia pisahkan aku dan cintaku itu???

Kenapa???… aku kusut memikirkannya… namun, terpaksa aku positifkan diri.. mungkin dia tidak lagi mahu disentuh tanganku… lalu membawa diri.. menyembunyikan diri di dalam syurga yang diciptanya.

Aku…

Aku… tidak boleh berkata apa apa… mungkin kerana takdir tuhan ada hikmahnya… namun, ku harap dia kembali… bila mentari isnin meninggi…

Sayang… kembalilaaaa…..

Tanpa dia ku kehilangan hidupku yg penuh dengan kemewahan.. tanpa dia aku miskin.. tanpa dia aku merana…

Kembalilaaaaaa..

Kerna aku yakin, dia tiada yang lain selain menjadi milikku… jauh mana dia lari, aku akan mencari… menggali dan menanti…

Jika dia ketemu yang kedua, ku yakin hanya sekadar kawan sahaja. Kerna seorang kawan, akan tahu, dia bukan miliknya… kerana jelas tertera… dalam kamar hatinya, dia adalah milik aku… aku dan aku sahaja…

Dan suatu hari…

Jika dia pergi selamanya.. mungkinkah yang kedua akan bahagia????

6 comments:

F.Aminurrashidd said...

dia itu ialah Kad Bank ko yang kene telan kan? you have da creative thinking. hahahaha~ kene telan katner weh? risau lak aku nak pi cucuk kang. haih (-_-")

CikGu_MaN said...

haha....

pandai ko menaakul.. huhu..

kat dpn Sahara Inn

CikGu_MaN said...
This comment has been removed by the author.
bubu253 said...

huhuhu..
dh laa tgh musim pk duet byk..
sba jer laa man..
mb ader hikmahnyer kad kne teln kot...
hehehhe
die nk suh kt savin tue hehe...

F.Aminurrashidd said...

sahara inn ader atm ker? aitt.. baru ku tahu.. uhuks

CikGu_MaN said...

BUBU: hmmm.. maybe. hehe

FAWES: Looo.... ish.. bukan KHARian sejati r ko nih