Thursday, July 23, 2009

TRANSFORMERS 3: OPTIMUS YANG TERPERANGKAP

“Optimus Prime berjaya hapuskan The Fallen, aku mesti memerangkap kembali dirinya”, kata Megatron yang berhasrat untuk menjejaki kembali ‘the last prime’ itu.

“Jangan risau, master.. saya ada idea”, Starscream menjejaki kemahuan ketuanya itu. “Optimus akan berasa malu… dan pastinya akan mencalarkan statusnya sebagai seorang Prime”

Megatron hanya mendengar.. dia tahu, pengikut setianya itu tahu apa yang ingin dilakukan.

----------

Suatu hari, Optimus bersama rakan-rakannya Jazz, Bumblebee dan Archee pergi ke kelas belajar bahasa Prime. Kelas ini hanya dijalankan untuk memulihkan kembali pemikiran Autobot yang sudah rosak lantaran perperangan di Mesir ketika menghapuskan The Fallen.

Setelah naik ke kelas, Optimus terasa minyak petrolnya melebihi had. Dia perlu untuk membuang sedikit minyak patrolnya supaya dia tidak akan mengalami kerosakan enjin ketika berada di kelas itu. Maka, Optimus pun bergerak ke tandas.

----------

Megatron dan Starscream sampai ke bumi. Dia tahu, Optimus sudah masuk ke perangkapnya. Minyak petrol yang diminum oleh Optimus tadi mengandungi cecair yang boleh merosakkan enjin jika tidak dibuang.

“Dia sudah masuk perangkap kita, master” Starcream memberitahu tuannya.

Megatron Cuma diam. Dengan lebihan kuasa All Spark yang tidak digunakan, dia meletakkan All Spark di pintu tandas sekaligus mengunci Optimus yang leka membuang minyak patrolnya.

“Dah, jom blah”, Megatron menukar dirinya menjadi jet.

“Kamu, Starcream.. perhatikan mereka. Bila Autobot datang menyelamatkan Starscream, kamu masuk dan bertukar jadi main power box. Ingat, setiap 15 minit, kamu matikan screen putih di depan.. Ingat, jangan gagal”, Starscream mendengar arahan Megatron dengan teliti.

----------

Optimus yang selesai mengeluarkan minyak petrol itu memulas tombol pintu.

“Aik, terkunci..”, Optimus terkejut.

Dia tenangkan diri dan mencuba berkali-kali. Memang benar, kunci itu sudah tidak dapat dibuka lagi. Memang benar-benar terjadi, Optimus terperangkap dalam tandas.

Maka, dengan tenang, dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan memanggil Bumblebee yang tengah khusyuk membaca surat khabar.

Bumblebee yang terkejut dengan suara Optimus yang seakan-akan diculik berasa hairan. Kenapakah rakannya itu memanggilnya sedangkan dia berada di dalam tandas?? Tanpa banyak tanya, dia pergi ke belakang bilik kuliah dan melihat tombol pintu itu bergerak-gerak menahan pintu daripada terbuka.

Tombol pintu itu menembak Bumblebee. Bumblebee mengelak lalu jatuh dan rebah. Optimus yang berada di dalam masih bingung. Kedengaran seperti pintu itu dihempas berkali-kali.

Rakan-rakan Autobot seperti Jazz dan wanita-wanitanya datang member sokongan padu kepada Bumblebee yang cuba berusaha mengalahkan tombol pintu itu.

----------

Semasa kejadian itu, semua Autobot tiada dalam bilik kuliah kerana memerhatikan Bumblebee yang cuba menyelamatkan Optimus.

“Hah, peluang… “

Starscream masuk dan menukar dirinya menjadi main power box.

BAAMMM!!! Terdengar bunyi kuat dari belakang bilik kuliah. Starscream yang terkejut serta merta menyebabkan main powernya rosak.

“Oh, tidak… aku gagal lagi.. Xper. Tengokla .. cmne laa kuliah Autobot. Kalau kuliah best, aku akan matikan projector tiap 15 minit, kalau tak best, tiap 5 minit aku matikan. Tapi, aku mesti menyusahkan lecturer untuk menghidupkan imager itu”

Akhirnya, tombol itu berjaya dikalahkan dan Optimus pun terselamat.

Semua masuk ke dalam bilik kuliah dan bergelak ketawa dengan insiden tadi.

Sekian..


Idea asal: MAN

Olahan cerita: Din n Ken..

Diinspirasikan daripada kisah benar…

7 comments:

bubu253 said...

i knw diz accident...
hehe
funny lor...
sian pon ader..
tp srius lie klaka ...
hhehee
(",)
y penting mngse dpt dslmatkn dgn sgr sblom perkre xdiingini terjadi...
hehehe

CikGu_MaN said...

haha...
harap mangsa bersabar dgn apa yg terjadi..
nasib baik dia keluar complete set.
kalau ada yg tertinggal..
hah..
kan susah..
ahahaha

im juz being meee ^__^ said...

mmg macho abislaa time savior ko terajang pintu tu!
hahahaha!
rugi xdpt snap pic!
heee!

bubu253 said...

hehhe tol tue yanti...
klo dpt snap pictha mmg bes laa...
hehhe
leyh msok paper..
hot news..
hehhe

Mr Daha said...

ha3.. mula2 aku ingt citer transformer btul.. pastu ingt ko sje reka citer. Rupe2nya pasal kisah org terperangkap tu.. ha3.. :P

jidih muluyu said...

waarghh. .nk tau gk sape optimus sebenar. .mcm best je kisah benarnyer ni. .april fool ape?. .haha

CikGu_MaN said...

april fool pkebendenyer.. dah julai dah... uhuhu