Sunday, July 5, 2009

SYURGA CINTA

Syurga Cinta… filem yg aku rasa dekat sangat dengan diri aku.. entah kenapa.. filem ni macam melekat dalam hati aku.. mungkin sbb aku ni slalu mengelamun mengenang kembali kisah silam… ada beberapa babak yang mmg aku rasa memecah empangan air mata.. aku mmg x dapat tahan… syahdu giler.. ayat yg puitis dan penuh dengan nasihat… salute2 panel skrip MIG… meh aku bawakkan babak2 tu… dalam bentuk dialog..

-----------------------------------------------------------------------

IRHAM: Cikgu Syuhada…Saya pelik la cikgu, tiap kali saya ajak cikgu keluar berdua dengan saya je, cikgu mesti tak nak.

CIKGU SHUHADA: Panggil saya shu jelah… Tak payah bercikgu-cikgu… Macam ni Am… Selalunya kalau kita keluar berdua dua… ada juga orang ketiga… dan orang ketiga tu adalah syaitan.

IRHAM: Ha?!! Maksud cikgu, adik saya, Ikmal tu syaitan?

CIKGU SHUHADA: Haha, apela awak ni.. Maksud saya, syaitan itu sentiasa ada untuk menyesatkan manusia contohnya kalau kita berdua je… dia datanglah ganggu kita melakukan maksiat…

IRHAM: Aduh.. kalau macam ni mana-mana kita pergi pon kena bawa Ikmal la jawabnya.. kacau daun la dia ni... Cikgu, saya ni bukan apa… saya memang tak pandai langsung pasal agama ni… saya nak cakap saya malu tapi tu la hakikatnya

CIKGU SHUHADA: Am, kita ni sifat baru yang selalu lalai dan alpa yang sentiasa melakukan dosa kecil atau dosa besar sama ada sedar atau pon tak

IRHAM: Tapi, Am tengok.. Shu ni lain orangnya… Alim… Tak pernah tinggal sembahyang… sentiasa tutup aurat… Shu ni mesti beriman orangnya kan??

CIKGU SHUHADA: Am Am… Apela Am ni.. Tak tinggal sembahyang tu mana boleh buktikan kita beriman atau tak. Sembahyang tu kan perkara wajib bagi setiap orang muslim.. Ha, tu sebabnya sembahyang tu tiang agama. Macam kita buat rumah jugak, mula-mula kita pacakkan tiang dulu.. lepas tu baru la yang lain lain

IRHAM: Kadang-kadangkan Shu.. Am malu sangat dengan Ikmal.. yelah, eventhough dia baru lapan tahun, tapi dia banyak tahu pasal agama berbanding dengan Am tau… Hah… Am nak buat macammana… Am dah lama sangat kat luar negara tu sampai Am lupa pasal agama… Apa yang Am tau, dalam IC Am, Am Islam.

CIKGU SHUHADA: Shu pon manusia biasa jugak Am… kita semua sama… Cuma Shu selalu ingat pesan atok.. atok cakap.. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu kalau seseorang itu tidak mengubah nasibnya sendiri.

IRHAM: Maksud shu??

CIKGU SHUHADA: Maksudnya.. adakah kita ni nak jadi Islam yang di factor atau islam keturunan saja.

IRHAM: Entahla Shu.. even my parent pon tak pernah nak ajar kitaorang pasal agama tau.. ya, kalau family kitaorang memang rapat.. tapi… bila cakap pasal agama.. semuanya lintang pukang.

CIKGU SHUHADA: Am.. tak tahu tu la boleh tahukan kita nak belajar.. dalami ilmu agama… sebab ilmu tu takkan datang sendiri kalau tak dicari… Am, tak baik kalau kita buka keburukan di dada apatah lagi menceritakan keburuka ibubapa kita.. walau apapun… kita mesti mendoakan agar mereka berubah… Insyaalah..

IRHAM: Shu… awak tahu tak.. saya senang sangat berkawan dengan awak… kalau boleh, saya nak kenal awak dengan lebih mendalam lagi… bukan apa.. sebab saya suka la bercakap pasal agama dengan awak.

CIKGU SHUHADA: Insyaalah, tapi satu je shu nak mintak…

IRHAM: Apa dia??

CIKGU SHUHADA: Kalau boleeh… shu tak nak la keluar dengan pokok krismas

IRHAM: Ikmal???

CIKGU SHUHADA: Tu tu tu… shu tak nak lah kalau nak keluar dengan shu pakai accessory wanita macam ni.. satu lagi, dah pakai jubah, seban dengan subang.. nanti orang kata Am persendakan agama pulak.

Tiba2.. Ikmal datang..

IKMAL: Abang, jom kita pergi makan bang, Mal dah lapar la ni bang…

IRHAM: Kalau lapar, kemas dulu.. cepat-cepat! Baru kita pergi makan…. Shu, terima kasih la sebab sudi berkawan dengan saya.

CIKGU SHUHADA: Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat… kita tertanya-tanya kemana hilangnya matahari… rupa-rupanya Allah member kita pelangi

-----------------------------------------------------------------------

MAK IRHAM: You you you!

AYAH IRHAM: Apa yang kalut sangat ni.. ada jembalang ke kat rumah ni

MAK IRHAM: Apa you cakap macam tu pulak..

AYAH IRHAM: Haaa.. Habis tu??

MAK IRHAM: Bukan… I nampak… Ikmal, Am sembahyang.

AYAH IRHAM: Diorang sembahyang??.. Hmm… so?? Apa yang nak dikecohkan??

MAK IRHAM: Yeelah.. I rasa seram sejuk la tengok Ikmal dengan Am sembahyang.. Entahla.. macam satu perasaan..

AYAH IRHAM: Perasaan apa?? Dunia nak kiamat.. nak takut apa?? Kita ni kan banyak beribadat.. banyak bersedekah.. anak anak yatim kat Bosnia tu, segala taufan yang melanda di dunia kita ni, semua kita bantu.. Ikmal tu, bukan anak angkat kita… itu bukan ibadah namanya?? Confirm tak masuk neraka..

MAK IRHAM: You ni kan… I serious tau… you pulak main-main..

AYAH IRHAM: Eh, apa pulak main-main.. kalau nak bertaubat, tunggu bila nak mati nanti.. pergi haji ke.. buat apa apa yang patut.. itu pon you nak takut

-----------------------------------------------------------------------

IRHAM: Assalamuaikum

CIKGU SHUHADA: Waalaikumsalam.. terkejut Shu..

IRHAM: Kan manis bila senyum macam tu.. E eh.. dulu awak juga yang cakap dengan saya.. kena fikir fulu sebelum buat benda.. haaa.. kalau tak fikir… ibaratnya seperti tanam padi tumbuh lalang.

CIKGU SHUHADA: Ambooi.. dah pandai berpuitis pulak awak sekarang

IRHAM: Biasalah

CIKGU SYUHADA: Tapi kan.. kadang kadang, lebih baik kita diam daripada bercakap perkara-perkara yang tak berfaedah.. yelah.. umpama membuang masa kita je.. seeloknya lebih baik kita zikrullah di hati agar memperoleh ketenangan

IRHAM: Amboi amboi amboi, sekarang ni awak pula yang nak berpuitis … ni .. Shu!

CIKGU SHUHADA: Hmm..

IRHAM: Awak tak terfikir nak kawin ke..

CIKGU SHUHADA: siapa yang tak mahu mendirikan rumah tangga, Am. Kan perkahwinan tu satu ibadat yang diharuskan.. Cuma jodoh telah ditentukan oleh tuhan dan saya sebagai hambaNya.. perlu berusaha dan bertawakal agar mendapat jodoh yang disayangi Allah.. Insyaallah…

IRHAM: Maksudnya, awak letakkan syarat untuk bakal suami awak nanti??

CIKGU SYUHADA: Syarat??

Si penjaga kaunter panggil sebab Irham tak bayar g buku..

Cikgu Shuhada menolak, namun Irham bayar jugak..

CIKGU SYUHADA: Takde.. bagi saya.. cukuplah kalau lelaki itu mempunyai pegangan agama dan dapat membimbing saya ke jalan yang diredhai Allah.. Yelah.. Harta.. Rupa.. Takkan berpanjangan pon.. Hanya iman dan amal yang dapat menentukan saya jalan ke padang masyhar nanti..

Penjaga kaunter bagi balik buku.. Irham n Cikgu Shuhada ucap terima kasih.

Irham ajak Cikgu Shuhada berlalu pergi dari situ..

IRHAM: Entahla Shu.. bila piker soal agama ni, saya jadi takut.. saya takut kalau-kalau saya tak berpeluang untuk masuk ke syurga

CIKGU SHUHADA: Awak tau tak Am, Bila berfikir soal mati dan awak masih mempunyai rasa takut, ha.. itulah tandanya.. kita masih mempunyai iman.. carilah rezeki seperti kamu ingin menongkat dunia dan beribadah lah kamu seperti kamu ingin mati pada esoknya… maksudnya.. bila kita melakukan kewajiban kita sebagai manusia atas duniawi.. kita mesti buat sungguh-sungguh.. dan beribadat macam tu jugak.. mesti sungguh-sungguh… seimbangkan dunia dan akhirat.. macam tu barulah betul.

-----------------------------------------------------------------------

IRHAM: Saya takut pak cik.. saya tak tahu apa yang saya dah buat

TOK IMAM: ada pun setiap manusia itu akan melakukan kesalahan.. dimana wujudnya penyesalan.. namun, penyesalan itu harus didahulukan dengan taubat.. kita kena kenal diri, siapa kita? … dari mana asal kita? Dan kita juga kena kenal hati kita… nafsu kita.. dan sebagainya

IRHAM: Tapi saya manusia hina, pak cik. Hidup saya penuh dengan maksiat.

TOK IMAM: Astagfirullah hal azim.. kita ini beragama Islam.. Islam itu panduan untuk umatnya.. untuk mengenal tuhannya yang bernama Allah… kita hendaklah jujur, yakin, ikhlas dan sabar… anak kena ingat.. kita manusia ni, adalah sebaik baik kejadian yang diciptakan olehNya

IRHAM: Tapi saya bingung pak cik.. Saya perlukan petunjuk dan nasihat dari orang macam pak cik

TOK IMAM: Ada manusia mengaku dirinya alim.. berjubah, beserban, berjanggut… tapi, hatinya kotor… cakap tak serupa bikin… sekadar alim di sisi manusia tapi hina di sisi Allah… sebagaimana firmanNya.. Allah tidak memandang kepada rupa dan pakaian, tetapi Allah memandang kepada hati, hati yang bersih lagi suci

IRHAM: Saya telah menghina seseorang, pak cik… saya memainkan perasaan dia.. saya takut dia tak dapat maafkan saya.. dan yang paling saya takut sekali… Allah tak dapat terima taubat saya

TOK IMAM: Sesungguhnya, Allah tetap menerima taubat seseorang hambaNya dengan melakukan segala apa yang disuruh…dan menjauhakn diri dari apa yang dilarang.. Nak… buatlah sembahyang sunat taubat dan beristigfar sebanyak mana yang boleh…

-----------------------------------------------------------------------

IRHAM: Shu…

CIKGU SHUHADA: Hmm…

IRHAM: Shu pernah bercinta tak??

CIKGU SHUHADA: Pernah.. cinta kepada Allah dan Rasul serta agamanya…. Cinta kepada ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita ha.. dan cinta pada bangsa dan tanah air.. dan yang paling penting sekali.. cinta kepada diri sendiri agar kita ni sentiasa redha dengan Qada dan Qadar.

IRHAM: Huh, bukan… maksud saya.. shu pernah tak mencintai seseorang??

CIKGU SHUHADA: Oh, yang tu.. cinta antara lelaki dan perempuan… belum pernah lagi… so, bagi Shu, cinta tu adalah permulaan jodoh dan atok pernah cakap.. jodoh itu terbahagi kepada 3..

IRHAM: Tiga??

CIKGU SHUHADA: Ehem..

ATOK: Yang pertamanya, dikatakan jodoh dari syaitan, kamu berdua berkenalan, berpengangan tangan dan terus buat maksiat, akhirnya Shuhada mengandung.. baru kamu menikah.. Yang keduanya, jodoh dari jin, kamu berdua berkenalan, kamu sukakan Shuhada, tapi Shuhada tak sukakan kamu.. kamu bomohkan dan sihirkan agar Shuhada suka pada kamu dan kamu berdua menikah.. dan yang ketiganya, jodoh dari Allah, kamu berdua berpandangan mata, terus menusuk ke kalbu.. kamu terus meminang Shuhada dan Shuhada terima pinangan kamu.. dan kamu berdua menikah. Insyalah, berkekalan sehingga ke akhir hayat..dan itulah yang dikatakan syurga cinta…

No comments: