Sunday, July 19, 2009

SETEM: APA ADA PADA FILEM NI


Berkesempatan menonton tayangan perdana filem terbaru Kabir Bhatia, SETEM, di Auditorium Utama UPSI pada tanggal 18 Julai jam 10 mlm. First view aku, dari trailer yg aku download kat YouTube (korang leh rujuk post SETEM: PREVIEW), filem kali ni bukan membawa angin2 Sepi mahupun Cinta. Tidak pada genre mahupun plot2 even masih mengekalkan beberapa pelakon yg pernah belakon dlm filem2 sblm ni.

Apa ada pada SETEM??

SETEM mengisahkan ttg setem Barring yang mempnyai nilai RM4 juta… kenapekah?? Tgk sndri … Ada dua orang anak yatim (Rashidi Ishak n Afdlin Shauki) diarah oleh tuan punya rumah anak yatim (Aziz Satar) untuk pegi rompak setem itu untuk bantu dptkan kembali rumah anak yatim yg tengah nazak.

Pada masa yang sama, seorang India, baru dibebaskan dari penjara merancang untuk merompak setem untuk mulakan hidup baru bersama anak bini yg dah x sukakan dia sambil dibantu saudaranya (Sathiya) yg akan membawa setem itu untuk dipamerkan di Melaka.

Slain itu, geng Piranha, dengan bantuan anak yatim tadi, merancang satu rompakan setem tersebut sewaktu setem itu hendak dibawa ke Melaka. Namun, rompakan itu gagal apabila setem itu terlepas ke tangan sorang mat indon.. dan, game kejar mengejar pon bermula.. hanya kerana sekeping setem.

Komen aku ttg cite ni??

SETEM mmg sebuah filem yg len dri yg len. Pertama kali aku tgk sebuah filem yg menggabung jalin karakter2 yg xde kaitan antara satu sama lain dalam membentuk satu plot yg kucar kacir dan membina naratif yg padat dan sarat ngn aksi dan komedi.

Mengenepikan norma filem Malaysia yg bergerak pada landasan cinta mahupun komedi slapstik dan pengakhiran yg cliche .. SETEM cuba mengolah sebuah filem bertema ala2 Hollywood-Malaysia dgn mengenengahkan plan merompak dan insiden2 yg terjadi akibat dari insident tu...

Kabir Bhatia mmg awesome dr cinematography. Sejak SEPI, CINTA mahupun MANJALARA, KASiHKU SERU dan terkini NUR KASIH, drama bersiri mahupun filem.. mmg standard la … gerakan kamera yg slow dan artistic berjaya hidupkan suasana, mahupun bangkitkan emosi… huhu.

Lakonan pelakon bersahaja. Ditunjangi dialog mantap dan bersahaja. Mmg mood filem stabil dan tidak tergesa2… dialog even kekadang lawak, tp penuh mesej.

Aksi, stunt mahupun letupan.. aku puji sbb aku x pernah g tgk sebuah aksi letupan rumah yg stylo dan perfect seperti dalam filem ni. Aksi2 ala2 hollywood, ‘slow-motion bullet’ yg mmg realistic.. mmg ini filem Malaysia yg hebat. Adegan van sekuriti langgar kete waktu rompakan 2 mmg best.. mcm aku tgk cite Italian Job je..

Overall, filem ni aku bg 4/5 sbb ada certain poin’t yg aku rasa x kemas… ni antaranya…

1) Bront Palare tembak Afdlin waktu dia dalam bumper kete. Waktu scene 2, kita lihat mmg bullet-hole byk kat bumper. Then, bila nk sampai scene last, waktu Afdlin bukak bumper, tiada sebarang bullet-hole.

2) Posemen g pejabat hantar surat waktu mlm??? Adeh.. ade ker??

3) Afdlin buang minyak kete geng Piranha. Korang dpt tgk minyak 2 mengalir dr side kete blah kanan kemudian masuk bawah kete dan sampai hampir ke kete Afdlin (yg warna kuning) yg letaknyer di sebelah kiri. Kemudian, bila Bront Palare kuar, then Afdlin cakap ttg ‘Tak Nak’ merokok, dan throw lighter kat atas minyak petrol, api 2 just sampai ke Bront Palare dan tidak la pulak terbakar kete2 yg dibuang minyak 2.. huhu

4) Penggunaan mekanik toolbox untuk elakkan Afdlin dr mati ditembak Bront.. logikkah?? Cmne lak dia tau Bront nk tembak kat ne dan dia tau nk letak kat ne toolbox 2 supaya peluru 2 x kena dia.. huhu..

5) Sewaktu scene letupan, bila mamat Indo lari kuar ikut tingkap belakang dan rumah 2 meletup. Then, korang akan perasan yg bila rumah 2 meletup, ada orang spt sembur asap extra.. aku tau, sbb asap 2 lebih putih dan pekat dari asap yg keluar hasil letupan.. yg akhirnya mengurangkan realistic scene 2…

6) Bila Afdlin lawan ngn Bront … Bront akhirnya kalah sbb kena renjatan eletrik dr kapal terbang yg x pernah dihidupkan enjin.. aik?? Boleh ker ada eletrik kalau x hidupkan enjin.. huhu

(sesape leyh explain balik.. silakan.. )

2 jer yg aku dpt kesan.. huhu.. overall .. x sume filem perfect dan SETEM adalah satu filem Malaysia yg mmg aku bngga..

2 comments:

Mr Daha said...

Ha3.. ko memang pandai ek detect kesilapan2 kat dalam filem. Dulu filem transformer.. skarang setem plak :)

em.. aku rasa aflin bernasib baik je dapat elak peluru tu gne toolbox. Lagipun maybe dia dpt agak Bront akan tembak start dari bawah kaki dia smpai atas kepala dia.. kan dia tembak ikut turutan.. so he's lucky kot. he3.

Yg lain2 aku xdpt eksplain.. kena tgk 2-3 kali kot. Ko hebat.. tgk skali pn dapat detect. :D

CikGu_MaN said...

haha...... mmg kaw2 r aku detect.. mata kena cekap...

ok.. tq mrDaha.