Sunday, July 12, 2009

A LETTER FROM SOMEONE

Pagi ni, a day with no activity... aku selak2 segala2 friendster yg lama x berbukak.. tetibe ada satu mesej.. dari sorang lecturer aku... pernah mengajar Pembangunan Sahsiah... yg mungkin tersirat seribu satu rahsia.. mahupun kejutan...
sbb kawan2 aku yg mengikuti kuliahnya ada di dalam blog aku ini.. aku copy n paste nota yg ditinggalkan dlm Fs aku ini utk sume yg mengenalinya...

...................

Kutinggalkan kalian di sini...
Semoga ada restu
untuk kita semua berjumpa lagi
Anggaplah pemergian ini satu rahmat untuk anda semua
Yang tersembunyi di sebalik kasih sayang Allah
Kerana Allah bekerja penuh rahsia
Maafkan kepergianku
Maafkan caraku ini
Maafkan juga tutur bicara yang menghiris hati
maafkan jua jika ada perlakuan yang membuatkan hati-hati di sini koyak
tiada niat untuk itu
cuma aku sedar aku hanyalah manusia biasa
yang sememangnya tidak sempurna
menggalas dosa saban hari tanpa kusedar
kawan-kawan di frenstar
terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya selama ini
para pelajarku
terima kasih juga kerana keprihatinan anda semua kepadaku
terima kasih juga atas segala teguran dan mungkin umpat cela anda semua untukku
tiada niat untuk menyakiti kalian
cuma yang ada dalam niatku
tertulis untuk mendidik kalian semua
supaya menjadi manusia berguna satu masa nanti
aku menanti dengan gembira berita bahagia anda semua nanti
jika ada yang berjaya sepertiku
walau di mana sahaja aku berada
biar di alam ini
atau di kampung yang lebih baqa nanti.
terima kasih dan halalkan segalanya
terima kasih...terima kasih..terima kasih..
sesungguhnya anda semualah yang memberikan kekuatan kepadaku selama ini.
Maafkan aku....
aku halalkan segala ilmu yang kucurahkan untuk anda...
semoga tiada kesumat antara kita.
assalamualaikum....

5 comments:

bubu253 said...

ak pon dpt letter nie frm pn kalsum...

Pemadam Baru said...

i oso have this.. i dont know actually what she meant by sending this so-called letter..

CikGu_MaN said...

Bubu253 & Pemadam: macam something's bad happening 2 her...

hope she'll be fine...

bubu253 said...

yeah hopefully...
may allah blessed her always..
as she's a gud lecturer...

im juz being meee ^__^ said...

wuaaa
esawnyeee
die sehat ker eh??
huhuhu