Tuesday, June 30, 2009

TRANSFORMERS 2 : MY REVIEW

Berkesempatan menonton Transformers 2: Revenge Of The Fallen pada 28 hb Jun di Hall 1 LFS Cinema, City Mall Kedah pada jam 12.15 bersama adik aku.. huhu..

Mmg superb.. dan memang betul kata kawan aku yg sorang ni… This movie made for cinema fans…

Megatron & Starscream


N aku sbg sorang dari peminat yg sentiasa mengikuti perkembangan filem ni dari desas desus storyline sampai la ke last touch beserta gosip2nyer, mmg akan menjadi satu perkara yg aku nntikan. N… penantian dah berakhir daa… n I’m here to review it… with my own opinion ‘bout dis movie…

Alkisah Transformers kali ni bertitik tolak dari ending filem terdahulu. Megatron sudah tiada. Namun, sisa Decepticon masih lagi bertaburan di seluruh dunia. Autobots di bawah pimpinan Optimus Prime bergabung tenaga ngan manusia utk hapuskan baki2 Decepticons di bumi melalui satu kumpulan yg dikenali ngan nama NEST.

Amaran ttg kedatangan sesuatu yg dikenali sbg ‘The Fallen’ meresahkan Autobots. Pada masa yg sama, ada juga kalangan pemerintah yg menyalah anggap kehadiran makhluk2 asing ini. Sam Witchwicky yg kini berada di kolej, mula nampak simbol2 pelik. Lagi meresahkan, Megatron dihidupkan kembali dari perut laut. Decepticons sekali g memburu Sam Witchwicky kerana simbol2 itu.

Pengembaraan Sam menemukannya dgn bekas anggota Sector 7, Agent Simmons serta dibantu leh Mikaela n roommate Sam yg gila techno, Leo.

Megan Fox sbg Mikaela


Kesimpulan, storyline mmg straight 2 da point. Gaya yg mudah, ditambah dengan scene yg lebih mantap dan tak kucar kacir.

Pada aku, kali ni Michael Bay mmg lebih hebat dalam memantapkan Transformersnye ngan mengaitkan Transformers dan kewujudan Piramid. Satu bende yg pada aku, aaarggh.. mengarut dan x masuk akal. Tapi, dalam skop fiksi, ia satu storyline yg ‘hmmm… logik gak’. Transformers kali ni lebih dibayangi genre superhero daripada genre biasa. Adegan aksi yang dramatik dan penuh explosion menampakkan yang filem ini mmg mahal dari aspek CGI dan kesan khas.

Pada aku, lakonan karakter, mmg nampak bersahaja…

Optimus

Scene Mikaela n Sam

Lakonan Shia LaBeouf, lebih licin dan real. Shia berjaya hidupkan karakternye ngn berkesan. Aku suke sgt moment bila Sam merebut Matrix Of Leadership utk slamatkan Optimus Prime. Pas2, Sam dibom leh Megatron. Mmg scene 2 idup sangat. Mmg aku feel abis la… hahaha.. Satu g, aku suke scene bila dia cakap kat ayah dia supaya tinggalkan dia sbb ayah dia suruh ikut cakap dia kat scene Gulf Aqaba. Karakter Sam juga pada aku, dah lebih menyerlahkan ke’macho’an yg sebelum ni lebih diselubungi perasaan malu dan prangai mak bapak dia yg suke kawal dia. Overall, Sam Witchwicky dilihat lebih dewasa dalam filem ni.

Mikaela hmm… lebih feel.. aku dapat rasa betapa dia menyintai Sam n (ceh, mcm aku lak dilamun cinta.. ahahahahaks)… bila dia x dapat nk wat Sam ucap ‘I luv u’, mmg dia frust sgt. Aku suke scene 2. Manja tapi masih ada ego dlm diri sbg sorang pompuan. Aku x nampak sgt karakter tomboy dia dlm filem ni. Namun, aku suke perubahan karakter dia. Megan Fox delived her best effort. She’s awesome dude!!!!

Lennox, Epps… karakter yg kadangkala komedi, tapi tahap sederhana. Komedi banyak diletakkan pada Agent Simmons n Leo.. yg menjadi penyeri…

The Twins


Aku suke karakter The Twins, dahla muke cam tikus.. funny lak 2… hehe

Menyentuh ttg cinematography, masih jugak spt filem terdahulu.. mmg angle2 yg x boleh dipisahkan dr Michael Bay menjadi penyeri filem ni. Korang bandingkan siri Transformers dgn filem Michael Bay yg lain. Mesti ada persamaan ni..:

1) Shoot helicopter/jet yang dibelakangnya ada matahari sedang jatuh. Helikopter/jet dalam formasi V. dan Slow Motion mood.

..korang dpt tgk dalam The Rock, Transformers , The Island

2) Karakter bangun, pusing ke belakang, angle kamera berpusing 360 darjah

.. korang leh tgk dlm Bad Boys, Bad Boys 2, Transformers, The Rock

3) Close-up karakter yang berlambak (mmg aku suke close-up)

.. ni sume film dia ada.

4) Scne karakter beratur dalam satu line/bentuk V menghala ke kamera dalam mood ‘slow motion’

.. korang tgk dalam filem The Rock, Transformers

5) Angle kamera dari helicopter yang berpusing 360 darjah

.. scene last filem the Island, n scene Sam n dag eng sembang ngn Jetfire di Egypt.


Music Steve Jablonsky x lari dari theme filem pertama. Namun, filem ini ttp awesome dgn music score yg mantap. Tapi, aku rasakan, theme utk Transformers: Revenge Of The Fallen kureng menyengat r.. entah kenapa aku x tau. Namun, musicnyer mmg sesuai r ngn storyline. Gabungan Linkin Park with their hit single ‘New Divide’ memang best.

Breath-taking scene...

Animasi mmg superb. CGI Industrial Light & Magic berjaya idupkan karakter ngn berkesan. N scene yg sukar nampak macam petik jari jer. Aku suke sgt tgk lincahnya The Twins, Archee n Bumble Bee.. menyengat beeeb… Aku respect r scene prologue, scene Jetfire kat atas bukit tinggi slpas teleport Sam n dag eng, n scene Decepticons jatuh ke bumi… mmg huge scale punye style.. n it looks like real..

Namun, aku mmg x brape suke bila tengah aku asyik jer tenung wayang ni, tetibe mata aku memandang bende2 yg skali gus melayakkan aku kata filem ni x kemas dan Michael Bay sorang yg cuai. Kenapa??? Ni sebabnyer:

1) Scene wktu Sam cakap nk tinggalkan Bumblebee, pas2 Sam kuar… Mikaela ada bagi bunga.. waktu 2, Mikaela nak dengar sgt Sam cakap I luv u kat dia. Angle camera waktu ni, 360 darjah berpusing mengelilingi dua karakter ni (steadycam kot rasanyer). Yang aku x puas atinyer, ada satu masa 2, bebayang kameraman ni terlekat kat atas baju Sam.. aaaargh..

2) Fakta… ni pertikaian paling besar aku. Even ni hanya fiksi.. lantakla… peduli apa. Waktu awal2, ada diberitahu yg All Spark disimpan kat tempat selamat (paling selamaaaat oooo!!) dan bangkai Megatron disimpan dalam laut dan dikawal tentera laut setiap masa. Tapi, bila Decepticon masuk nk idupkan Megatron, senang la plak dia masuk. Xde kelibat tentera laut pon… kalau nak kata Decepticons masuk dari tempat lain, x la plak. Sbb dia masuk menegak. aaaaagh.. somebody explained it baaack 2 meee…. I need explanation.

AAAAAAARGH!!!! WHY UR SO CARELESS BAAAAAAY!!!! I’M YOUR BIGGEST MUVI FAN……. PLEASE STOP THIS…

Overall.. ada la mistake kecik dr segi editing. Aku x prasan. Tapi, bila aku rujuk Internet Movie Database (IMDb) punyer website, baru aku sedar. Tapi yg 2 aku x perasan waktu tonton. Maybe bila dah kuar DvD nnt baru aku leh cari mistake kat c2… tunggu.. hehehe.... kesimpulannyer, xde movie yg perfect.. kan???

2 jer kot review aku… hehehe… daaa….

*KALAU DE KOMEN... sila komen.. chow

1 comment:

im juz being meee ^__^ said...

aku jeles ko dh tengok!!
arghhh!