Wednesday, May 20, 2009

KINTA 1881

Pertama kali cikgu melihat Kinta 1881, mungkinkah ini menjadi filem martial-art pertama Malaysia??? Ada ker yang sanggup menyakitkan diri digasak, dibelasah dan ditumbuk, rebah, jatuh bla bla … semua yang menyakitkan itu… seperti filem Tony Jaa dan Dan Cupong dari Thailand yang mengetengahkan real-fight action sequence, ya… ada ker anak Malaysia yang tau hasilkan filem sebegini…??? inilah ia Kinta 1881…

First impression cikgu… cikgu harap Kinta 1881 membawa scene aksi yang lain dari filem lain.. dan.. ya, harapan cikgu mmg x meleset.

Kinta 1881, sebuah filem pertama dari Malaysia, seumpamanya yang mengetengahkan fight-scene yang hebat dan bertaraf dunia. Cikgu mungkin ketinggalan mengikuti kisah ini, dari pembikinan sehingga ke peringkat produksi terakhir. Atau mungkinkah tiada promosi hebat utk filem seumpana ini?? Atau cikgu sndri yg x tau..??? x kisahla… yang pasti Kinta 1881 adalah sebuah filem Malaysia yang boleh diletakkan setaraf dgn Ong Bak dari Thailand.

Melihat kepada promo poster saja, kita sebenarnya merasakan seperti ini adalah filem Cina yang hanya berlatarkan Malaya pada tahun 1881 dan dibikin oleh filmmaker dari China. Namun, ternyata… Kinta 1881 bukan The Sleeping Dictionary(Jessica Alba, US) mahupun Don(SRK, India) yang hanya menjadikan Malaysia sbg lokasi. Kinta 1881 adalah buah tangan anak negara Malaysia.

Kinta 1881, ataupun dikenali juga dgn nama Kinta… mengisahkan kehidupan 4 orang pemuda Cina, Dragon, Tiger, Ace dan Blaze yang menjadi anak buah kesayangn Tin Sok, ketua kepada pekerja lombong tempat mereka bekerja. Lombong itu sebenarnya dimiliki oleh seorang taiko bernama Hong (Patrick Teoh)…

Master Hong, sebenarnya tanpa pengetahuan Tin Sok, ingin menghapuskan pekerja2 Cina di lombongnya kerana jalinan perniagaannya dengan pengusaha dari Jepun. Pada satu malam, Forest, dengan kuncu2nya, datang mnyerang kantin pekerja2 lombong sewaktu pekerja berehat sambil makan malam. Ramai pekerja lombong yang mati, namun… 4 pemuda ini berjaya melarikan diri..

Mereka diselamatkan oleh Tok Mat(Zulkifli Ismail), yang merawat dan memberi tempat tinggal. Tin Sok sedar ttg rancangan jahat ketuanya dan diserang oleh ketuanya.

Pada masa yang sama, Master Hong disarankan oleh rakannya, supaya membuka gelanggang pertarungan untuk menambahkan modal pembinaan dan pembiayaan lombong bijih timah. Selain tu, gelanggang ini juga akan menjadi medan untuk pekerja lmbong yg ingin memprotes ketidakadilan di lombong Master Hong. Di sini, pertarungan antara pelombong terhandal menjadi peluang bg pelombong bertaruh dan memenangi sedikit wang.

Berjayakah keempat2 pemuda ini menjuarai pertarungan di gelanggang tersebut?? Pembelotan, cinta dan kuasa, bersatu dalam sebuah sebuah filem aksi pertarungan yang lain dari filem CL Khor (the3rd Generation) yg lain.

Menyaksikan Kinta 1881, janganlah mengharapkan satu lakonan yang berkesan dari segi emosi, dan feeling anda… filem ini Cuma menjanjikan aksi martial art yang high class dari juara2 wushu sperti Robin Ho (juara wushu dunia) dan Michael Chin, Kuan Fei Jun dan Shawn Lee (juara2 wushu kebangsaan) dan juara taichi dunia, David Bao (dibawa khas dari China)… mantap siot dari segi fighting scene… koreografi aksi mmg gempak dan internasional.

Filem ini, merupakan filem martial art Malaysia pertama dan seumpamanya di Malaysia. Ditayangkan di Festival Filem Cannes. Diedarkan di China, Jepun dan Eropah dan juga akan menjadi filem pertama kita ditayangkan di pawagam Amerika. (kinta1881.blogspot) Adakah ini hanya harapan?? Atau ia benar??? Cikgu x pernah tau dan sedar… tapi, kalau benar… mmg cikgu bangga leer….

Bangganya cikgu melihat sebuah filem sebegini. Sbelum ini hanya menyaksikan filem aksi Thai yang hebat. Dan cikgu percaya, akan byk lagi filem Malaysia sebegini boleh dihasilkan pada masa hadapan. Sesungguhnya, file mini memberi satu impak baru dalam sinema Malaysia yang makin dijengah filem2 luar yang menerapkan budaya asing…. Apa ada budya kita kalau tidak diketengahkan bukan???

Cikgu menonton Kinta 1881, hmm… dari 5 bintang…. Hanya 3 ½ jer bintang yng cikgu dpt beri.. meh cikgu nk komen sikit.. dari sudut pandang cikgu sbg seorang peminat filem sebegini… pedulikkan kata2 filem Malaysia tidak berkualiti.. fikiran kolot itu hnya pada minda peminat yang masih tidak percaya revolusi dunia perfileman Malaysia sahaja.. bukankahh begitu???

Kinta 1881 mengalami pengembangan plot yang penuh ngn emosi… xde sikit pon masa utk rilek dgn babak2 funny… seluruh filem ini diisi dengan emosi dan aksi.. sehinggakan pada cikgu, jarak antara aksi menjadi boring pabila melihat saja dialog yang panjang dan meleret dan bermain dgn emosi megah. Terlalu banyak babak Master Hong berbincang dgn rakannya di atas kerusi rehat yang diisi dgn nada megah Master Hong. Namun, kisah cinta 3 segi antara Forest, Tiger dan Dan Dan (anak Master Hong) serta kisah cinta Ling menjadi penyeri dan menghilangkan boring itu .. namun, ia hanya tuk smntara jer…

Awal kisah, kita dapat lihat kemuncak kepada konflik.. dimana pertarungan Forest bersama 4 sekawan itu menjadi pembuka selepas 10 minit filem bermula. Setelah dirawat Tok Mat, filem ini menyusuri kisah seorang demi seorang, sebelum kejadian gaduh itu bermula. Masing2 diceritakan satu persatu. Pendek kata, film ini satu jam pertama saja, anda akan menyaksikan penceritaan secara flashback. Sebelum filem tamat, 30 minit akhir itu barulah kisah digerakkan ke hadapan tanpa flashback lagi, dan akhirnya membawa kepada pertarungan di dalam kandang Master Hong.

Dari pengolahan cerita, cikgu rasa Kinta 1881 lemah sgt. Terlalu banyak subplot sehinggakan ada plot yg x dikembangkan. Ada yang tidak jelas dan tidak teratur. Fokus cerita kadangkala tidak tertumpu pada satu plot yang utama. Kadangkala cikgu pening, mana satu main story cite nih??? Xperla.. mungkin ini cara penceritaan CL Khor kot..

Aspek sinematografi pula, cikgu mmg x sangkal lagi, filem ini mmg high class, music score pun superb… cikgu mmg tabik ler, orang Chinese mmg hebat dari sinematografi.. masih ingt lagi cikgu zaman muvi vcd sprit Blok 404, Kem 505 dan setaraf. Mmg aksi2 dan set mmg nampak realistik. Kinta 1881 berjaya (pada pandangan cikgu, sbb cikgu bukan orang Kinta) menggambarkan Kinta pada 1881 yang penuh ngn pelombong2 Cina.Malang sekali, cikgu tidak dapat melihat Kinta dari skop yang lebih besar. Banyak sngt focus di dalam rumah dan set kecil dari set2 besar seperti bandar2 dan luar rumah.

Kinta 1881, cacat sebenarnya.. kenapa??? Sbb efek darah yang diisi menggunakan animasi.. kalau digunakan pada tempt yang betul .. mmg ok.. tetapi kadangkala efek ini mengganggu penonton… kerana penataannya yang tidak kemas menjadikan efek itu hanya sbg corak yang mengacau aksi2… credit-intro mmg kemas.. ala2 filem 300, dan end-credit pon cantik… set kandang pertarungan Master Hong mngingtkan kembali pertarungan Tony Jaa dalam Ong Bak…

pertarungan penentuan... set superb..

Lakonan Zulkifli Ismail sbg Tok Mat, pnghulu kampung… biasa saja.. dialog yang begitu skema dan lakonan yang mmg skema, maybe CL Khor kurang menyerlahkan kemelayuan masyarakat melayu sbb dia bukan melayu… atau… mungkinkah CL Khor mahu menunjukkan kesantunan Melayu melalui tutur bicaranya yang beradap???.. huhu.. tidak mengapala sbb watak Tok Mat dan Abu hanyalah tempelan sbg melengkapi masyarakat Kinta yang berpenghuni Melayu. Keseluruhannya, Kinta 1881 mmg best… even lakonan hanya sederhana… Good job CL Khor.

Kesimpulannya, jgnlah menonton filem ini sbg sebuah filem Melayu… xkan jadik punye sbb ini buah tangan pengarah Cina.. dan kisah masyarakat diorang. Namun, jika kita menonton filem ini sbg sebuah hasil karya anak Malaysia, kita x kira Melayu, Cina atau India harus berbangga yang anak negara Malaysia mampu mengeluarkan filem bertaraf internasional seperti ini…

Cikgu harap lerrrr, akaada muvi ttg silat lak. Bila la pengarah melayu mahu gunakan juara2 silat negara, dan buat satu filem silat moden yang hebat sperti ini.. mereka sia2 saja kalau mereka tidak digunakan. Kan??? Pada pandangan cikgu, filem sebegini tidak perlu emosi dan kebolehan mimic muka dan emosi, filem sebegini akan popular kerana aksi gasak bergasak… kan??? Fikirkan???

P/S: ADE PAPE.. KOMEN K… INI PANDANGAN CIKGU THDP FILEM INI…

2 comments:

naqiubex said...

Apa? Tak pernah dengar pun cerita ini.. Wargh nampak macam best bangat..

CikGu_MaN said...

kadangkala kita slalu diselaputi sisi negatif... sbb 2 jarang kita melihat sisi positif industri kita..

kan3??