Sunday, April 19, 2009

QUEENS OF LANGKASUKA

19 April... beberapa ari sblm exam... Berkesempatan menonton Queens Of Langkasuka di Berjaya Time Square pada pkl 4.30 ptg utk release tensn menanti paper KENEGARAAN.. hmmm... buah tangan Nomzee Nimibutr yg terbaru ni.. pergh... mcm x caya jer yg filem Thai dah berevolusi...

Queen Of Langkasuka sebenarnya sudah mula ditayangkan sejak Oktober 2008 lg di Thailand... ditayangkan di 4 festival filem... sebelum ditayangkan di M’sia.. (lambat tul r nk sampai malaysia)...

Ratu Hijau dan Puteri Biru dalam pakaian perisai...


Citenyer cmni.. lebih kurang da... Ratu Hijau memerintah kerajaan Langkasuka.. semua jajahan takluk Langkasuka, trmasuk negeri2 yg bersahabat spt Pahang dan Johor memberi penghormatan yg tinggi kpd Langkasuka... Even Langkasuka dihormati, mereka mempunyai banyak musuh... Black Raven (lanun Songkla) antara musuh ketat yg sentiasa berusaha menundukkan Langkasuka...

Untuk menguatkan pertahanan, Ratu Hijau ingin satu bijik meriam besar utk pertahanan Langkasuka. Malangnya, meriam 2 x sampai ke tangan dia... Ratu Hijau ni ada adik nama Puteri Ungu dan Puteri Biru...

Ratu Hijau mengarahkan adiknya Puteri Ungu untuk berkahwin dgn Sultan Pahang, Sultan Abdul Gafar Mohaidin... even Puteri Ungu ni mcm nk x nak jer. Puteri Biru dah jatuh ati ngn mamat hulubalang istana yg hensem lagi pandai beraksi bernama Jarang (dilakonkan oleh Dan Chupong.. yg belakon cite Kon Fai Bin)...

Selain itu, Langkasuka bergelut dgn Black Raven yg ingin merebut meriam yg disebut The Great Cannon hadiah dr seorang belanda, Janis Bree untuk Ratu bg menguatkan pertahanan. Meriam itu sebenarnya tertanam di dasar laut selepas Black Raven menyerang kapal Belanda. Black Raven cuba untuk bawa naik meriam 2, tp, meriam 2 tertanam terlalu dalam. Tekanan yg tinggi menyebabkan ramai mati dalam usaha membawa naik meriam itu dari dasar laut. Hanya yg mempunyai kuasa Du Lum saja mampu membawa naik meriam itu.

Pada masa yg sama, di satu kg nelayan, Pari (Ananda Everingham... yg blakon cite Shutter) dilahirkan dgn kemahiran luar biasa... pak ciknya, Ajar sedar bahawa dia adalah pewaris kuasa Du Lum (kuasa mengawal haiwan laut)... dan meminta rakannya, White Ray untuk ajar ilmu Du Lum ngn lebih dalam...

Pari dan Bintang... baru pas nikah... romantiknyeer..


Pari, dan cintanya, Bintang hidup aman sehingga satu hari, seluruh kampungnya diserang Black Raven... Bintang turut terbunuh. Rakannya, Lim Kium, sorang yg terselamat dlm kjadian serangan Black Raven ke atas kapal Belanda, ditahan bersama dgn Puteri Ungu dan Puteri Biru... Kedua2 puteri ni dtg jumpe Lim Kium ni sbb Ratu Hijau nk mintak dia buat satu meriam yg sebijik dgn pe yg Janis Bree wat.. (alaa.. kan dia ni orang Janis Bree)...

Waktu ni la... Pari dan Jarang bersatu... Pari nk selamatkn Lim Kium, Jarang lak nk selamatkan puteri2... namun, memang dah nasib... Puteri Biru jer dpt diselamatkan. Pari dpt selamatkan Puteri Ungu tanpa diketahui Jarang... Puteri Ungu dibawa ke pulau tmpt White Ray tinggal... Lim Kium x dpt diselamatkan.. tp dia x mati.. jadi tahanan...

White Ray dan Puteri Unggu...


Disebabkan meriam itu, Langkasuka mendpt byk ancaman. Black Raven makin kuat... dengan bantuan kerajaan Jawa...

Sewaktu usaha nk selamatkan Lim Kium, ada bibit cinta antara Pari dan Puteri Ungu... akibat nk selamatkan mamat Lim Kium ni jer.. byk hero Langkasuka mati... so, Langkasuka mmg dah lemah.. sedangkan kuasa Black Raven dah jadi kuat.. mereka dh sedia nk serang Langkasuka... ada orang dalam wei.. (x nak dedahkn...)

Akhirnya, setelah Puteri Ungu selamat sampai ke Langkasuka, akhirnya dia setuju untuk berkahwin dgn Sultan Pahang atas alasan pertananan.. Harapan kekuatan Langkasuka terletak di bahu Puteri Ungu... perperangan makin hampir... dan... korang tgk r sendiri.. hehehehe... berjayakah kerajaan Pahang membantu...??? tertunaikah impian Ratu Unggu untk mendapatkan The Great Cannon..??? Siapakah pembelot dalam kerajaan Langkasuka...???

Sultan Pahang ngn gaya machonyer..


Hmm.. mmg citer epik seepik-epiknyer la... lakonan Ananda Everingham.. mmg x nampak terserlah. Tenggelam dengn adanya Dan Chupong yg lebih hebat dalam martial art... lakonan yg len. Biasa jer...

Pe yg paling special, adalah special effect.... mmg superb dan best r bg sinema Thai..

Music score, mantap... mmg x dinafikan.. mmg music menjadi nadi filem epik ni.. mcm tgk LOTR lak...

Lanun Black Raven...


Overall.. Queens Of Langkasuka mmg sebuah fantasi epik dan lagenda.... yg best... even byk subplot dan kekadang memboringkan...

Bangga jugak coz nama2 yg digunakan adalah nama Melayu... mmg satu yg pelik bila Sultan negeri2 Melayu dan Jawa bertutur bahasa Thai.. agak janggal gak bila sultan Melayu tidak bersilat tetapi ber’muay-thai’... tetapi, pujian atas Nomzee Nimibutr sbb berjaya adaptasikan sebuah kerajaan yg pernah rules Semenanjung Tanah Melayu nih...

Pari dalam satu scene aksi...

Nomzee yg terkenal dgn Nang Nak mmg dah beralih angin.. xde horror.. inilah epik yg aku leh katakan terlalu nusantara...filem thai yg ada elemnt budaya luar... Melayu, Jawa, Cina, Jepun even Belanda... semua bersatu dalam satu movie.. mmg diorang kaji btl2 ar ni... respect dude..

2 comments:

~fara busyuk~ said...

man...fara suke entry nih..sbb sultan pahang sangat hensemmmmmmmm...lalalala~~

khairul said...

hensem???
huhuhu...