Tuesday, April 28, 2009

LILIN ITU MENERANGI

Cikgu masuk tagged ...

Udah bencinyer membaca Falsafh, Plato n Aristotle pon dah x larat bg minum kopi dah... katanya diorang dah abis duit... huhuhuks..

Cikgu ternampak sebuah karangan.. karangan sorang bekas pensyarah cikgu... yg mungkin leh katakan tidak la terlalu rapat ngn cikgu di luar, tetapi.. dia mengenali dan pernah mengajar cikgu dan rakan2 cikgu.. Mawi Utagha 2 masih lagi sinonim dgn gelaran yg diberi oleh lecturer ni...

Tanpa meminta kebenaran, akhirnya cikgu siarkan.... xnak siarkan nama... kerana bimbang dia berduka... sesungguhnya..

Inilah untungnya menjadi pendidik...

.......................................................................................................

Dahulu..jika dibuka pg frenster dan tagged aku..terlalu sunyi sekali..tiada siapa pun yg mengatur huruf bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraanku..Tapi sekarang...Perlahan-lahan aku mula menginsafi betapa menjadi seorang pendidik terlalu banyak hikmahnya dan terlalu banyak pahalanya. Tidak hairan pekerjaan ini betapa mulianya di sisi Allah dan agama. Pahalanya dan amalannya dibawa bukan setakat di dunia tetapi juga di akhirat yang serba baqa.

Saban hari ada sahaja ada anak didik ku yang menghantarkan doa, bertanya khabar lebih2 lagi dalam kondisi kesihatan ku yang tidak berapa memberangsangkan. Mungkin kuatnya aku hari ini untuk menapak di aspal kampus yang serba dingin di bawah banjaran Titiwangsa ini kerana doa-doa mereka kepadaku.

Dahulu, bila aku tidak sihat dan bila aku menerima rawatan panas yang sangat menyakitkan sehingga menyaksikan keguguran rambut dan roma di badanku...doa ini Cuma datang daripada keluarga tercinta, suami terkasih, kawan2 sepejabat dan selebihnya kekuatan daripada diri sendiri dan doa diri sendiri. Namun hari ini, doa-doa itu bertambah, daripada keluarga tercinta, suami terkasih, kawan2 yg bukan sepejabat)sbb kawan2 seprofesi dgnku x tahu ini..syhhh...awk semua jgn ckp pd sape2..hahaaha...) dan yang paling banyak adalah doa daripada anak didikku...ya..anak didikku yang jumlahnya beratus orang itu..

Dahulu, apabila aku diberitahu bahawa aku akan berhadapan dengan 500 pelajar di jabatanku...aku susah hati..mengeluh hiba dan asik memikirkan bagaiamankah agaknya keadaan aku akan berhadapan dengan mereka semua. Ini tidak termasuk pelajar2 bukan daripada jabatanku sendiri yang aku ajar iaitu pelajar2 daripada kursus2 universiti yang bukan dari fakulti dan jabatan yang aku duduki ekarang. Ikut2kan hampir satu kampus ini ada bekas-bekas stdntku yang mengambil kursus universiti dibawah seliaanku..dan ada antara mereka pada hari ini masih terlalu rapat (hingga terlalu rapat..huh!) dgnku dan sering megutusiku, menjengukku di bilik kantor, menghantar makanan kepadaku (ini selalu surprise daripada mereka walaupun bukan ini yg aku minta dari mereka tapi seringnya terjadi..semalam sahaja ada bekas pelajar TITAS yang aku ajar dari program KH menghantar Melon Rock padaku hasil tanaman mereka di belakang kebun kampus !) huhuhu...inilah hikmahnya guru, selain doa bekas pelajar, sering juga diberi itu ini..tidak kira masa..kalau ikut barang-barang perhiasan..bilikku ini boleh sahaja dilabel oleh kawan2 seprofesi dgnku yg sesekali menjenguk bilik “indah’(hehe) di hujung dunia aras 4 malim sajana ini sebagai mini muzium...apa tidaknya..banyak sekali barang-barang warisan dan kesenian yang aku dapat (sebabnya aku mengajar subjek kegemaranku ini) dan kupamerkan sebagai hiasan di bilik ku ini. Sehingga ada yang terpaksa kubawa kerumah sebagai hiasan rumah pula..sebab tidak cukup ruang di bilik kantor ku yang sempit ini(sebab nk letak kotak asgmnt n skrip jwpn jugak! Haha) ...Begitulah..

Namun sekarang...aku tidak gusar lagi untuk berhadapan dengan yang 500 orang itu ditambah dgn yg bukan dr jabatanku... Pasti aku akan menggunakan pendekatanku sendiri bagaimana harus aku mendepani karenah gila2 mereka..pelbagai rupa, pelbagai karenah..pelbagai sikap dan pelbagai doa..malah pelabagai tohmahan juga aku dapati (bg yg x suka cara tegasku mendidik mereka..tapi kubiarkan saja dan kuselitkn doa untuk mereka moga suatu hari nanti mereka akan sedar mengapa aku bersikap tegas begitu kepada mereka...)..aku redha..dan aku pasti kuat untuk berdepan dengan mereka..datanglah walau beribu lagi pelajar baruku..pasti aku sebagai pendidikmu... akan berani berdepan dengan ujian ini..tak akan kugentar berhadapan dengan seluruh jiwa raga dan keikhlasanku untuk kamu semua..agar aku diberkati didunia dan akhirat...

BERSAMBUNG....

..............................................................................

Inilah satu kelebihan seorang pendidik...

Kita... masa depan... anak murid...

Kita... mencorak ... dan akan dicorakkan...

Utk kwan cikgu yg bakal bergelar guru...

Inilah liku seorang pendidik..

SEKIAN..

P/S: kepada guru2ku (walaupun bukan hari guru lagi)... terima kasih atas segalanya...

6 comments:

Pemadam Baru said...

besar jase cikgu nih..
once a teacher..forever till the end of time will always be a teacher..uhuk2

khairul said...

tul 2..
inilah kita
(insyaalah)
pada masa depan

anah said...

~insyaallah..(*_*)

CikGu_MaN said...

aminn....
pendidik itu besar jasanya...

bubu253 said...

to be a teacher not only to teach da student but also educate da student..
as future teachers, do our best in order to educate da future genration..
gain as much knowledge as we can to mke sure we r gud enough to teach them..
all da bes fwenz...
(",)

im juz being meee ^__^ said...

huhu~
wlpn aku mmg xberjiwa guru
n jauhh skali ciri2 nya tp insyaallah bile dh sahih mmg guru,
maka guru lah aku!!yeahhh!

byk teknik2 aku nk ajar future student aku nt..wakaka~ 8__8