Monday, February 2, 2009

ONG BAK 2




Berkesempatan menonton Ong Bak 2, ahad lalu.... pergh... my eyes doesn’t fall asleep.... xde nak tutup, x boring... every heart-beating action non-stop.... fulamak... satu filem yang berbaloi dengan harga tiket RM11...

Ong Bak 2, bukan terletak pada skop sekuel ataupun prekuel. Ia bukan sambungan ong bak pertama yang menjadi permulaan filem tony jaa... hmm... namun, masih terpikir, napela namanya ong bak 2, sekuel pon bukan, prequel pon bukan... tapi, pada akhir filem, semua itu terjawab. N i think filem ni mmg sesuai dinamakan ong bak 2..

Ong bak 2 mengambil latar zaman kegemilangan kerajaan Ayuthaya yang menguasai keseluruhan Siam suatu ketika dulu. Tien, anak kepada sorang komander yang mengepalai angkatan tentera Ayuthaya dijadikan anak angkat Chainang, ketua segala perompak selepas ditemui di bawah pohon pokok. Ayahnya Tien, dibelot, dan dibunuh. Oleh itu, Chainang mengajar Tien ilmu seni mempertahankan diri. Tien akhirnya menjadi ketua kepada kumpulan perompak itu.... namun, ingatan Tien masih teringt peristiwa ayahnya dan ibunya dibunuh. Dngn apa yang dimiliki, Tien membalas dendam... sehingga akhirnya dia mengetahui siapakah Chainang yang sebenarnya...

Jalan cerita, biasa. Senang difahami kerana pada pandangan aku, filem ni tidak lebih kepada sebuah filem martial art yg mementingkan aksi seni muay thai yg dimodenkan. Jalan cerita hanya sbgai penggerak kepada aksi-aksi dalam cerita ini.

Dari skop editing, Sahamongkol Film mmg x pernah lekang dgn filem thai blockbuster spt, Ongbak, Tomyumgong, Born 2 Fight dll... filem mereka bleh dikatakan penerbit bertaraf Hollywood. Ong Bak 2, adalah satu dari filem mereka yg boleh dikatakan membanggakan. Ong Bak boleh disamakan dengan Tom Yum Goong...satu generasi baru pembikin filem yg berani memodenkan seni budaya merekaa yg sudah sebati dalam kehidupan diorang.

Tony Jaa kali ini, bertindak selaku pengarah menggantikan Pracha Pinkaew yg hanya berada di kerusi penerbit. Namun, Tony tidak keseorangan dalam mengarah filem ini. Koreography aksi, diarahkan sepenuhnye oleh Tony. My word, supeeeeerb... beautiful action sequence wit less blood but make viewers says “mesti sakit kan?”

Ong bak 2, melihat satu lagi evolusi dalam martial art muay thai. Ada gabungan muay thai dgn wushu, dan beberapa seni martial art yg lain. Memang high class... sedaaapppp... Aksi non-stop dan cantik dan kemas...

Screenplay, beautiful... sume aksi dapat dinikmati dengan slow-motion pic yg begitu high-definition. Beautiful dan menarik... Aksi Tony Jaa berlawan dgn pahlawan bertopeng hitam, adalah satu adegan aksi yg aku banggakan... aksi tersusun kemas... tanpa diiringi music score, kita akan dpt dengar setiap tumbukan, retakan dn segala mcm bunyi yg menambahkan aksi yg berbahaya itu.. aduh, mcm nanti, kalau kuar dvd, memang aku bli ni beb... xpon, download jer...

Lakonan Tony.. biasa saja.. tetapi, mantap dalam beraksi...

Music score... pergh.. mcm tgk filem hollywood... kali ini aku menyaksikan filem Thai sebegini menggunakan khidmat orchestra dalam menghasilkan runut bunyi. Memang sesuai sebuah filem epik menggunakan music sebegitu...

Ong Bak 2 juga, menyaksikan kehebatan special effect thai yg dah berteknologi. Filem ini, gempak dan nampak sebati dengan watak-watak dan zaman itu. Aku pernah tgk filem ala-ala purba thai yg lain spt In The Name Of The Tiger, Siyama dll, tapi, filem ini lebih tinggi kehebatannya dari segi effect. Lakon layarnya meninggalkan kesan. Shot2 memang cantik...

Overall, Ong Bak 2... ganaz dan gempak.... sound dolby yg slalu diguna membuatkan aksi2 lebih kemas dan aku leh katakan Ong Bak 2 adalah satu filem yg menunjukkan industri filem thai bukan satu industri yg hanya berada di dalam negara itu saja.

No comments: