Monday, January 5, 2009

OUTLANDER... GEMPAK!!!!



Kelmarin, ahad 4hb Jan... one day full of free time... so, wat pe g... g jln KL... rancang nak tgk HISTERIA.. tapi, sbb masalah waktu... aku pilih nak tgk citer OUTLANDER...

Outlander ni nth filem mana nth. Promo kat tv pon tarak. Memang first, aku ingat ni filem yg low budget la. Tapi, biarla. Nampak macam ok jer. Lalu, aku beli tiket.


Outlander ni adalah buah tgn dr penerbit Lord Of The Ring. Memang dah kalau LOTR 2, mesti filem ni dah leh agak ler cite ttg zaman kuno.

Tapi, memang kisah ni berbeza. Bayangkan kalau orang zaman moden, bergabung tenaga dgn orang kuno, melawan sekor raksasa. Fuh, mmg brilliant.

Kainan (Jim Caviziel), orang dr planet mana2 nth (luper), terhempas kat bumi selepas sekor makhluk nama Moorwen menerang diorang dlm kapal. Moorwen yg terlepas dr kapal yg tehempas, kini mula makan penduduk bumi.

Masa 2, Kainan ni dah maju. Bumi lak, masih pakai tombak n pedang. Kainan mula bergabung tenaga ngn geng manusia tuk kembalikan keamanan bumi.

Komen aku, gempak giler. Mungkin filem ni x dpt promo yg luas (ataupun, aku yg ketinggalan..hehehhe). Overall, ok.. dr segi editing, entah kat mana yg x kena aku x tau. Salah LPF atau panggung wayang, aku x tau. Ada cut scene yg x kemas. Ada bunyi letup yang sering kita dengar dalam filem-filem hitam putih disebabkan reel yg x lancar. Macam x berbaloi jer Rm11.

Filem digarap cantik. Makhluk yg ganaz, Moorwen bercahaya, lutsinar digambar cantik disamping ekornya yg bercabang. Namun, visual makhluk itu, sedikit mengecawakan. Nampak sangat yg CGI diorang wat low cost. Ada scene yg menampakkan Moorwen x match dgn environment.

Dr segi editing ok la. Tapi, mungkin kecuaian direktor membuatkan filem ni sikit pelik dr segi fakta dan susunan babak. Ada scene sorang mamat ni, kena tarik ngn Moorwen ke dlm telaga. Ok, fine. Scene 2 nampak cantik. Xde cacat cela. Tapi, kat nak nak scene last, biler Kainan cedok air dlm telaga, ok... ada darah. Bukti ada mayat. Then, bila Kainan n the geng masuk dlm telaga 2... airnye putih. Xde pape kesan darah pon...

Pas2, bila watak Freya kena tangkap dgn Moorwen, Kainan g selamatkan, Freya ada koyak kat bawah dada dia. Pas2, bila dia naik atas bukit, baju dia kembali ok. Hmmm... cuai tul... Xpe, nasibla aku memandang sume 2...

Hah, lagi satu, awal2 cite, Kainan x reti Bahasa Inggeris... so, sbb dia alien dr planet len, dia upload Bahasa Inggeris ke dlm otak dia. Fine, itu boleh diterima akal. Then, kat tgh2 cite, bila Freya tanya napa si mamat Kainan smpai ke bumi, kita dpt tgk flashback. Teka pe jadi, kat dlm flashback 2, mamat Kainan cakap english ngn bini ngn anak dia kat planet asal dia. Fuh, lancar lak 2. Habis 2, dah dtg bumi, xkan nk upload bahasa lak. Dah kat planet dia pon dia leh cakap bahasa asing. Nikan kat bumi yg memang x asaing g English 2..hmmm

Keseluruhannya, Outlander best. Kalau dah terlalu asyik nak cite ttg makhluk jer, direktor mana x lupe untuk kemaskan sume yg kecik2 kan... Lakonan Jim Caviezel, ok jer. Aku pon x reti nk komen. Janji karakter dia ok dah.

No comments: